Connect with us

Semasa & Hiburan

“Azira Dah Ada Ni, Awat Hang Bisu?” – Shukri Yahaya ‘Mengusik’ Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz di IG Live

Netizen terhibur gelagat Sharnaaz Ahmad yang tersipu malu apabila diusik oleh Shukri Yahaya yang ‘membahan’ percintaan..

Published

on

Ada antara kita akan mempunyai rakan baik yang tidak jemu ‘mengusik’ kita lebih-lebih lagi apabila sedang ‘mabuk’ bercinta. Baru-baru ini, IG live pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad mencuit hati pengikutnya apabila dia di ‘bahan’ oleh Shukri Yahaya mengenai desas-desus percintaa’ Sharnaaz dan penyanyi De Fam, Azira Shafinaz. Semasa IG live sedang berlangsung, ramai pengikut Sharnaaz yang mention Azira untuk sertai IG live mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Shukri yang suka melihat gelagat Sharnaaz yang seperti orang tak senang duduk itu semakin ‘mencucuk’ Sharnaaz untuk mengajak Azira untuk sertai IG live mereka. Lebih menghiburkan hati orang ramai, Sharnaaz tiba tiba menjadi seorang yang tersipu malu dan hanya mampu berdiam diri di saat Azira muncul dalam IG live tersebut. Amboi Sharnaaz, buah hati ada terus jadi ‘lembik’ ya? Mana pergi ‘mamu’ yang macho itu? Hihi…

Baca juga: [VIDEO] Jebat Jayden ‘Payung’ Lagu Kegemaran, Netizen Terhibur Lihat Telatahnya Dengan Sharnaaz Ahmad

Shukri yang dikenali dengan perangai masuk air itu membuat orang ramai terhibur apabila dia sering memerli dan membahan Sharnaaz. Shukri berkata kisah percintaan Sharnaaz dan Azira ini seperti kisah zaman percintaan remaja dek kerana Sharnaaz menjadi kelu lidah untuk bersembang dengan Azira. Apabila melihat IG live mereka, amat terserlah perangai Sharnaaz yang malu apabila berhadapan Azira. Bau nasi minyak ni..

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya yang merestui dan mendoakan kebahagiaan hubungan Sharnaaz dan Azira. Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Sharnaaz dan pihak Azira mengenai desas-desus percintaan mereka.

Baca juga: “Dia Muncul Tepi Tingkap Berlumuran Darah..” – Akibat Simpan Dendam, Azfar Heri Alami Mimpi Ngeri

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement