Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Azal Pun Tahu Pasal SOP” – Anak Zarina Zainuddin Dedah Artis Yang Langgar SOP Semasa Majlis Perkahwinan Neelofa

Azal membuat pendedahan berani dengan menulis keterangan serta menanda (tag) nama selebriti-selebriti yang dikatakan telah melanggar SOP…

Published

on

Beberapa minggu lepas memang kecoh di media sosial dengan isu perkahwinan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa dan Haris Ismail yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, pendedahan oleh anak pelakon Zarina Zainuddin ini mencuri perhatian netizen.

Menerusi hantaran di Instagram milik Azal, atau nama sebenarnya Muhammad Razal Azrai, 25 tahun, dia membuat pendedahan berani dengan menulis keterangan serta menanda (tag) nama selebriti-selebriti yang dikatakan telah melanggar SOP. Dalam keterangan itu disertakan gambar-gambar artis tersebut sebagai bukti. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by azalazrai (@azal_azrai)

Baca juga: Perkahwinan Dua Darjat Golongan Kayangan dan Rakyat Biasa, Majlis Neelofa Double Standard Ke?

“Ini adalah artis Malaysia yang menjadi suspek dan hadir ke majlis perkahwinan Neelofa antaranya Izara Aishah, Adib Khalid, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Hannah Delisha bersama suami yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial dan fizikal serta melanggar SOP!” tulisnya.

Hantaran Azal yang juga merupakan anak Austisme itu turut mendapat komen daripada ibunya  yang menegur dalam nada gurauan. Komen tersebut turut mencuri tumpuan pengikutnya di platform media sosial itu.

“Aduh! Dia jadi polis pulak! Dah tak ada kerja lain ke menyibuk hal orang? Azal jadi wartawanlah, dapat gaji,” tulisnya.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Azal yang berani bersuara mengenai perkara itu. Hantaran Azal itu mendapat lebih 7,000 tanda ‘like’ dan 400 komen. Apa-apa pun, ramai yang menyatakan Azal merupakan anak yang baik dan dia hanya berkata jujur dalam hantaran tersebut. 

Baca juga: “Nampak Sepadan” – Kongsi Gambar Untuk Promo, Ramai Pula Yang Nak Tengok Syafie Dan Siti Couple Betul-Betul

Sumber berita: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement