Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Asteroid Sebesar Bas Dikesan Sehari Selepas Hampir-Hampir ‘Merempuh’ Bumi…

Fuh nasib baik tak ‘merempuh’ Bumi…

Published

on

Pernah terfikir tak apa akan jadi sekirannya sebuah asteroid sebesar sebuah bas menghentam Bumi? Mungkin satu malapetaka yang besar akan berlaku yang boleh memusnahkan sebuah bandar. Bagaimanapun, baru-baru ini perkara tersebut hampir berlaku apabila sebutir asteroid sebesar sebuah bas dua tingkat hampir merempuh Bumi apabila ia meluncur pada jarak paling dekat dengan atmosfera sekitar 386 kilometer (km).

Menurut laporan, batu angkasa yang diberi nama 2020 VT4 atau A10sHcN itu ha­nya dapat dikesan oleh Sistem Amaran Akhir Hentaman Asteroid (ATLAS), 15 jam selepas ia menghampiri atmosfera Bumi. Dah 15 jam baru dapat dikesan rupanya…

Bagaimanapun, pengendali laman web Orbit Simulator, Tony Dunn berkata, batu angkasa yang mempu­nyai ukuran antara 5 meter hingga 10 meter itu akan terbakar di ruang udara Lautan Pasifik Selatan sekiranya ia menghampiri Bumi pada jarak yang lebih dekat.

“Asteroid 2020 VT4 yang baru dikesan menghampiri Bumi, melintas pada ketinggian cuma beberapa ratus kilometer di atas Lautan Pasifik Selatan.

“Fenomena itu telah memendekkan jarak orbitnya dan ia diramal melintasi Bumi pada jarak dekat dengan lebih kerap di masa akan datang,” kata Dunn di laman sosial Twitter.

Bukan Pertama Kali Berlaku…

Fenomena tersebut bukan kali pertama berlaku tahun ini, malah pada Ogos lalu, sebutir asteroid dikenali sebagai 2020 QG pernah menghampiri bumi pada jarak 2,945 km. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding 2020 VT4, yang mana 2020 QC mempunyai ukuran diameter 1.8 hingga 5.5 meter dan objek kecil seperti itu dikatakan sering menghampiri Bumi pada setiap tahun.

Menurut saintis, saiz aste­roid yang mampu mengakibatkan kerosakan di permukaan Bumi dianggarkan berukuran sekurang-kurangnya 25 meter. Jadi maknanya kita masih selamatlah kalau asteroid kecil tu tiba-tiba menghentam Bumi.

Tapi kalau nak tahu, pernah berlaku satu kejadian di mana sebutir meteor meletup di ruang udara Rusia pada tahun 2013 yang mengakibatkan ribuan cermin bangunan pecah serta 112 individu dima­sukkan ke hospital. Meteor tersebut dikatakan mempunyai ukuran 30 kali ganda lebih besar daripada 2020 VT4.

Sebutir batu angkasa yang mempunyai ukuran lebar 96 km berisiko menghapuskan seluruh hidupan di Bumi. Itulah fakta yang menyeramkan untuk hari ini…

 

Baca juga artikel menarik lain:

Everest Gunung Paling Tinggi Di Dunia? Kurang Tepat Sebab Ada Yang Lagi Tinggi Daripada Tu!

Penemuan Vaksin COVID-19 Hasil Kerjasama Pasangan Saintis Dari Turki

 

 

 

 

Sumber daripada: Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement