Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Asal Usul Tradisi ‘Pindah’ Rumah Di Nusantara Sehingga Ke Amerika Syarikat!

Memang dah susah nak tengok tradisi ni sekarang…

Published

on

Mungkin generasi sekarang sangat janggal dengan tradisi pindah rumah cara orang kampung zaman dahulu. Kalau kita sekarang tiap kali nak kena pindah rumah, kita akan pening kepala fikir proses nak mengemas barang-barang semua. Tapi orang zaman dahulu, mereka punya pening kepala bukan setakat proses nak kemas barang dalam rumah, tapi proses nak mengangkat rumah pun kena fikir sekali.

Sebelum wujudnya rumah-rumah konkrit, masyarakat lama akan mengangkat rumah mereka sekali kalau nak pindah. Jadi apa yang tinggal hanya lah tapak atau tanah rumah tu sahaja. Bunyi macam agak mustahil, tapi tradisi ini dah lama diamalkan di negeri Perak dan Kedah, dan kali terakhir tradisi ini diamalkan secara aktif adalah sekitar tahun 1970-an.

‘Pindah’ Rumah Satu Proses Yang Teliti

Walaupun dengar macam senang, just angkat dan letak je rumah tu, tapi sebenarnya ia memerlukan penelitian dan perancangan rapi. Sebelum proses mengangkat rumah, buluh dan batang pinang akan dijadikan kayu untuk memikul rumah yang nak diangkat tu. Buluh dan batang pinang tersebut akan diikat dengan tali di bahagian bawah rumah. 

Kalau zaman dulu, orang lama-lama pakai rotan dan akar pokok je untuk dijadikan tali. Nak ikat buluh dengan batang pinang tu pun bukan boleh main ikat je. Ikatan tersebut memerlukan teknik bagi mengikat kayu di semua bahagian bawah rumah sebab berat rumah boleh mencecah 6 tan! Tambahan lagi tenaga manusia yang ramai diperlukan untuk memudahkan proses angkat rumah serta mereka perlu peka terhadap arahan dan bergerak secara serentak. 

Seorang ketua yang digelar ‘Tekong’ akan dilantik untuk menjadi guide pergerakan rumah semasa diangkat. Tekong ni penting sebagai mata untuk memberitahu arah dan juga halangan yang ada dihadapan. Apa yang mencabar adalah setiap lelaki yang terlibat mengangkat rumah tersebut perlu elak daripada terjatuh sebab mereka semua tak boleh berhenti secara tiba-tiba. Kalau terjatuh ada kemungkinan untuk dipijak mati. Jadi proses angkat rumah ni bukanlah satu proses yang remeh.

Barang-barang di dalam rumah pun akan dikosongkan terlebih dahulu untuk meringankan beban rumah, malah ada juga bahagian beranda dan dapur yang dibuang untuk mengurangkan lagi berat. Ada satu petua orang zaman dahulu yang membiarkan seorang kanak-kanak berada di dalam rumah semasa proses mengangkat rumah sedang berlangsung. Rasional disebalik petua tu tak dapat dirungkaikan, jadi ianya mungkin sekadar petua orang lama je. Jadi bolehlah juga kita nak cakap bersatu teguh, bercerai robohlah rumah tu.

Tradisi Angkat Rumah Di Indonesia, Filipina Dan Amerika Syarikat

Kalau di Indonesia tu kita fahamlah macam mana tradisi ni sampai ke sana sebab kita memang serumpun. Manakala di Filipina pula sebab kita di rantau yang sama, iaitu Asia. Jadi budaya kita sedikit sebanyak akan berkait juga. Cumanya agak pelik bila tradisi angkat rumah ni ada diamalkan di Amerika Syarikat juga. 

Di Indonesia, tradisi ini diamalkan oleh Suku Bugis di Sulawesi Selatan. Rumah bagi Suku Bugis ini adalah sebagai tempat kelahiran mereka dan juga tanah warisan yang perlu dijaga. Jadi bila sampai masa seorang Suku Bugis nak pindah rumah, maksudnya dia perlu membawa rumahnya sekali ke tempat baharu. 

Di Filipina, tradisi angkat rumah dikenali sebagai ‘Bayanihin.’ Kalau di Malaysia dan Indonesia, tradisi angkat rumah ni dianggap sebagai tugas yang serious dan tak boleh dipandang remeh. Tapi di Filipina, mereka melihat tradisi ini sebagai satu aktiviti suka-suka. Lepas habis mengangkat rumah mereka akan mengadakan satu festival termasuk lah makan-makan dan fun activities yang lain.

Di Amerika Syarikat pula, masyarakat Amish yang terkenal dengan cara hidup yang sangat konservatif ada mengamalkan tradisi ‘pindah’ rumah ini. Cuma cara mereka angkat rumah tu tak sama dengan cara orang di Asia. Boleh usha video di bawah untuk tengok orang Amish pindahkan rumah. 


Baca juga artikel menarik lain:

6 Seni Mempertahankan Diri Yang Bahaya Dan Mampu Membunuh

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement