Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Anugerah Atau Kepuasan, Mana Satu Pilihan Untuk Mengukur Kejayaan?

Setiap usaha pasti membuahkan hasil…

Published

on

Bukan mudah untuk berjaya. Namun untuk mencapai kejayaan juga bukan satu perkara yang mustahil. Seorang rakyat Malaysia baru-baru ini membuktikannya apabila berjaya mencipta speaker yang digunakan pada kereta McLaren Senna dan dipatenkan rekaan speaker tersebut atas namanya. Sebagai seorang anak Malaysia, ia sememang satu pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa.

Jurutera Malaysia yang bernama Ruslin Tamsir berjaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu menonjolkan bakat di peringkat antarabangsa sehingga ia diiktiraf. Ruslin dikatakan mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri automotif semenjak tahun 2007 lagi. Beliau telah menyambung pengajian selama lima tahun di University of Applied Science Ravensburg-Weingarten sebelum mula berkhidmat di syarikat-syarikat automotif terkemuka seperti Daimler AG, Continental Automotive System dan terkini Harman International Industries.

Menurut perkongsian daripada Ruslin sendiri, semasa bertugas sebagai Ketua Jurutera untuk kumpulan Eropah di Harman, pihak McLaren hanya berikan masa 3 bulan sahaja kepada beliau untuk membangunkan sebuah speaker yang boleh diikat pada kereta McLaren Senna tanpa menggunakan sebarang skru. Jadi bermulalah tempoh 3 bulan yang mencabar dari peringkat reka betuk, sehinggalah produknya itu diuji pada peringkat prototaip.Β 

Tempoh Yang Suntuk Untuk Sempurnakan Projek

Beliau mengakui memang cukup mencabar apabila hanya diberi masa selama 3 bulan sahaja untuk menyempurnakan tugasan yang diberi. Namun, beliau tetap rasa bertuah dan bersyukur diberi peluang untuk pikul tanggungjawab itu. Melalui temubual bersama Kool FM, beliau tetap berasa bangga kerana dapat menonjolkan potensi diri di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Ruslin sempat juga memberi nasihat buat anak-anak muda di luar sana untuk teruskan usaha dan tidak berputus asa dalam apa jua situasi. Tambahnya lagi, anak muda haruslah yakin dengan usaha sendiri yang bakal membuahkan hasil satu hari nanti. Dalam masa sama, beliau turut menasihati anak-anak muda untuk terus mencabar diri sendiri cuba juga mempelajari bidang-bidang lain sebagai nilai tambahan terhadap diri sendiri.

Dalam pada itu, terdapat juga kisah di mana seorang wanita dilihat membuka kedai elektronik, dan dia dikatakan menjadi bahan jenaka. Ada yang kata tidak sesuai seorang wanita membuka kedai elektronik menjual dan membaiki komputer. Sebenarnya tidak ada pekerjaan yang patut direndah-rendahkan, tidak kira yang melakukan kerja itu wanita atau lelaki. Apa yang penting adalah kita minat dengan pekerjaan yang kita lakukan itu.

Anugerah Atau Kepuasan, Mana Satu Pilihan Ukur Kejayaan?

Bila ditanya persoalan ini, ramai yang menyatakan kepuasan itu lagi penting daripada anugerah. Anugerah yang dilihat sebagai satu bentuk penghargaan itu tidak semestinya menjadi kayu ukuran kepada sesuatu kejayaan. Namun, dari kepuasan dan keikhlasan kita melakukan tugas, pasti akan ada anugerah atau penghargaan yang menanti kita satu hari nanti. Bak kata AG, kalau terlalu mengharapkan anugerah ibarat kita terlalu mengharapkan pandangan orang. Jadi, terus lakukan apa yang kita minati dan jangan berputus asa.

Kalau terlepas perbincangan ini, dengarkan lebih lanjut di link ini.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kerana Percaya Amalan Ilmu Hitam, Seorang Ibu Sanggup Membunuh Kedua-Dua Anak Gadisnya

Komik Popular Malaysia ‘Lawak Kampus’ Bakal Menemui Peminat Di Kaca TV!

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement