Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Anak-anak Tak Tegur DSV Ke?” – DSV Ditegur Muat Naik Video Menari

Sakan menari di tangga…DSV tersipu malu apabila kantoi dengan anak..

Published

on

Hebat pengaruh aplikasi Tiktok pada zaman sekarang ni sehinggakan Instagram membuat feature yang sama seperti Tiktok yang dikenali sebagai Reels. Ada juga di kalangan selebriti tanah air kita yang turut menjinak-jinak dalam Reels ni contohnya seperti Awal Ashari. Bukan main lagi Awal ni makin lama semakin mahir buat Reels. Baru-baru ini, usahawan terkenal Dato Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida (DSV) menari di tangga tapi terkantoi pula dengan anak lelakinya, Kacak. Terus tersipu-sipu malu ya DSV. Comel!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Meninjau di ruangan komen video Reels tersebut, ada di kalangan pengikutnya yang perasan badan DSV semakin kurus berbanding sebelumnya. Wah, seronoknya kurus! Mungkin DSV buat zumba setiap hari di rumah sampai boleh kurus dah. Ada juga di kalangan wargamaya yang terhibur dengan gelagat DSV itu. Kata mereka reaksi DSV yang malu apabila terkantoi dengan Kacak tu mencuit hati mereka. Amboi..terhibur eh!

Baca juga: “Banyak Pahala Buat Orang Gembira” – Chef Wan Tempelak Golongan Suka Kecam, Backup DSV Buat Video Gila-Gila

Bagaimanapun, lumrah apabila membuat aksi yang sebegitu, pasti akan ada pengikutnya yang mengecam. Beberapa pengikut DSV mempersoalkan mengenai gelagatnya yang seakan tak seiring dengan usianya yang mencecah 49 tahun. Kita semua tahu DSV ini seorang yang sporting di khalayak umum. Boleh dikatakan prinsip hidup DSV ni tak ada istilah ‘malu’ dalam erti kehidupan sehariannya. Tengoklah di Instagramnya, sentiasa bahagia saja.

Siapa tahu mungkin DSV tunjuk aksi menari macam tu hanya untuk menutupi kesedihan yang dilaluinya? Aduhai…macam-macam ragam warganet sekarang ni, terlalu lantang bersuara. Apa-apa pun, chaiyok DSV! Semoga semakin kurus macam remaja…Hiks!

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga: “Mata Masuk Habuk…” – Zara Zya Buat Peminat Sedih

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement