Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“An Ideal Family” – Walau Jadual Padat, Hairul Dan Hanis Sentiasa Pastikan Ada Waktu Untuk Keluarga

Menerusi perkongsian rutin harian Hairul, dapat dilihat walaupun jadualnya memang padat, dia tidak lupa kepada keluarga terutama anak-anak.

Published

on

Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha adalah pasangan yang memang ramai peminatnya terutama sekali sejak mereka berumah tangga dan dikurniakan dua orang anak yang comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Boleh dikatakan Yusuf dan Alisa ni “sweethearts of Malaysia”. Apa sahaja teletah dan aksi yang mereka lakukan pasti mendapat perhatian wargamaya. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja comel tetapi sangat bijak. Contohnya Yusuf yang kini baru berusia 5 tahun sudahpun pandai menghafal sifir.

Memang satu keluarga ini selalu dipandang oleh masyarakat termasuklah kucing mereka, Bujibu. Hairul dan Hanis juga seringkali dipuji kerana dikatakan mempunyai ‘parenting skills’ yang bagus. Rata-rata suka melihat cara didikan mereka terhadap anak-anak. Nampak lembut sahaja mereka didik anak tetapi tegas dalam beberapa perkara sehingga menjadikan Yusuf dan Alisa bijak dan beradab.

Baca juga: Dapat Lilin Sebagai “Hadiah”, Yusuf Iskandar Dipuji “Matang” &  Pandai “Sorok” Kesedihan

Ramai sebenarnya yang bertanya tentang cara mereka mengurus keluarga dan ada pula yang sanggup nak belajar “parenting skills” daripada Hairul dan Hanis . Sehingga kini, semakin ramai pasangan yang baru berkahwin dan ibu bapa muda yang menjadikan Hairul dan Hanis sebagai inspirasi buat mereka dalam membina sebuah keluarga yang ideal.

Baru-baru ini, Hairul ada berkongsikan serba sedikit tentang rutin sehariannya menerusi Instagram story. Tak sangka sebagai seorang pelakon aksi, jadual harian Hairul sebenarnya sangat padat di mana dia mempunyai pelbagai jenis latihan daripada pagi sehinggalah malam. Namun, menerusi perkongsian rutin harian Hairul, dapat dilihat walaupun jadualnya memang padat, dia tidak lupa kepada keluarga terutama anak-anak.

Kata Hairul, dia sentiasa tegaskan kepada diri sendiri supaya tidak lambat untuk menghantar dan mengambil anaknya Yusuf daripada sekolah. Mungkin nampak kecil namun banyak pengajaran yang anak kecil boleh pelajari daripada sikap ibu bapa seperti ini contohnya ia mengajar anak untuk sentiasa tepati masa.

Pada waktu petang pula Hairul dan Hanis akan membawa anak-anak mereka melakukan aktiviti riadah, tidak kiralah apa jenis aktiviti pun yang penting ianya mengeluarkan peluh dan ia dilakukan bersama-sama keluarga. Pukul 6 petang tu dah wajib semua kena ada pergi beriadah, best kan ada jadual macam ni bersama keluarga?

Tambah Hairul dalam postingnya, dia berpegang pada “Sunday is family day”. Walau sesibuk mana sekalipun, hari Ahad adalah hari untuk keluarga. Selepas seminggu bekerja tak salah luangkan sehari bersama keluarga tercinta. Kata Hairul, kadang-kadang kita terlalu sibuk bekerja sampai terlupa keluarga jadi penting untuk kita pastikan satu hari dalam seminggu untuk berhenti berfikir tentang kerja dan tumpukan perhatian kepada keluarga.

Apabila menyentuh hal kerja-kerja rumah, Hairul dedahkan bahawa mereka tiada pembantu rumah jadi memang semuanya dilakukan sendiri. Di media sosial, memang ramai yang “mencemburui” rumah pasangan selebriti ini kerana nampak cantik, luas dan kemas sahaja setiap kali mereka kongsikan video di dalam rumah bersama anak-anak.

Hairul turut berkongsi bahawa tugasan kerja rumah dibahagikan contohnya, tugasan cuci pinggan mangkuk, vakum dan menyapu seluruh rumah adalah tugasan Hairul, jadi pada waktu malam selepas dia selesai dengan latihannya, Hairul akan segera melakukan tugasan tersebut. Manakala, Hanis akan memasak dan mengendalikan bahagian pakaian.

Penting sebenarnya wujudkan konsep “teammate” dalam kehidupan berkeluarga di mana setiap ahli keluarga bantu-membantu dan saling melengkapi antara satu sama lain. Rupanya inilah antara rahsia keluarga ini. Semuanya nampak remeh tetapi jika dilakukan dengan konsisten ia sebenarnya mampu membentuk satu ikatan yang kuat antara ahli keluarga. Apa pun kita doakan agar keluarga ini diberikan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Baca juga: Teruk Dihentam, Prof Muhaya Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Isu “Buat Bodoh-Bodoh”

Sumber: Hairul Azreen

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement