Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Ambil Video Di ICU Untuk Tunjuk Situasi Sebenar COVID-19, DG Hisham Ditegur Langgar Larangan Di Hospital

Mungkin ni cara yang baik kerana masih ramai lagi yang kurang sedar dengan situasi sebenar COVID-19 di negara kita…

Published

on

Situasi COVID-19 di negara kita semakin membimbangkan sejak beberapa hari ini dengan angka jangkitan yang sudah mencecah lebih tiga ribu kes harian. Kita sebagai rakyat biasa ni pun memang risau tengok angka jangkitan ni macam tak nak turun-turun. Segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sudah kita jalankan walaupun masih ada yang segelintir melanggarnya.

Dengan peningkatan kes harian, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun twitter miliknya membuat perkongsian video situasi sebenar di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital. Tujuan video itu dikongsikan adalah sebagai kesedaran kepada orang ramai tentang keadaan semasa dan sebenar dalam negara. Memang sayu melihat pesakit yang hanya mampu terlantar di wad ICU dan ia jelas menunjukkan perang COVID-19 ini benar-benar berlaku.

Baca juga: “Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

Walaupun perkongsian video tersebut adalah dengan niat sebagai satu bentuk awareness, namun terdapat segelintir wargamaya yang mempersoalkan tindakan Dr. Noor Hisham merakam gambar pesakit di situ. 

“Faham tentang situasi yang ada, cuma tak pasti bolehkah ambil video sebegini di hospital,” soal salah seorang wargamaya.

Sementara itu, seorang wargamaya menjelaskan di hospital terdapat satu polisi yang melarang gambar atau video di ambil. Walaupun terdapat larangan, golongan ‘influencer’ sering melakukannya. Bagaimanapun, wargamaya tersebut menyarankan agar pihak hospital boleh menilai semula polisi ini supaya kesedaran tentang COVID-19 dan juga penyakit lain dapat disampaikan kepada masyarakat. 

Mungkin ianya idea yang baik kerana masih ramai lagi yang kurang sedar dengan situasi sebenar COVID-19 di negara kita. Cara paling berkesan untuk menyampaikan awareness adalah dengan menunjukkan keadaan sebenar melalui video. Walaupun ada yang menegur tentang larangan merakam video di wad ICU, namun rata-rata memuji tindakan Dr. Noor Hisham yang berkongsi situasi semasa di hospital.

Baca juga: Kehebatan ‘Servis Sidek’ Digeruni Pihak Lawan Sehingga Diharamkan?

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement