Semasa & Hiburan
Aliff Syukri Beli 7 Buah Rumah Sekaligus. Satu Untuk Hadiah Kepada Isteri
Kalau berduit apa salahnya..
Ada berbagai cara boleh si suami lakukan jika inginkan isteri gembira. Memberi hadiah atau kejutan adalah salah satu darinya. Zaman sekarang ni, suami kena bijak dalam memilih hadiah yang ingin diberikan. Seeloknya hadiah tersebut mampu memberi manfaat untuk tempoh yang panjang.
Sebagai contoh rumah. Hiks! Over tau! Tapi jika berkemampuan apa salahnya.
Inilah yang dilakukan oleh usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri apabila membeli beberapa buah rumah dan salah satunya khas untuk isterinya sebagai hadiah penghargaan.
Rumah tersebut sepatutnya dijadikan hadiah kejutan, namun disebabkan isterinya harus melalui tempoh kuarantin, hanya video sempat dirakam buat tontonan peminatnya.
Bukan sebuah tau tapi 7 buah rumah dibeli untuk tujuan pelaburan.
Lawa tak?? Suprise untuk wife yang tak kesampaian😢
Sedih sangat sepatutnya saya melihat rumah yang saya nak hadiah kan ini dengan @shahidadherbs tetapi sebab adik dia positif COVID-19, dia tidak boleh keluar dari rumah atas arahan KKM.
Hari ini saya selamat melihat 7unit rumah saya di sini yang dah siap yang saya nak sewakan murah-murah.
Bagi saya, untuk berjaya kita kene bijak berbelanja jangan terlalu khayal dengan membeli barang-barang yang tidak berfaedah.
Propety adalah aset yang tak pernah jatuh harga sebab itu saya menghadiakan untuk isteri saya. Rumah ini saya belikan untuk dia tanda penhargaan saya dengan dia. Semoga dia gembira . Oleh itu kami senang dan susah bersama-sama.. tag suami korang hadiahkan rumah lagi untung!”
View this post on Instagram
Wah, mesti seronok isterinya kan? Yang lain, bolehlah tag suami masing-masing. Mana tahu dapat rumah baru juga kan? Hiks!
Baca juga:
Dianggap “Hero” Selepas Membunuh Kekasih Gelap Isteri Di Pusat Karaoke
“Patut Bagi Extra Sikit Upah Jagakan Anak..”- Farah Lee Bising Nafkah Bagai Haji Bakhil
Sumber: Instagram