Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Alasan Orang Kenamaan Rentas Negeri Tak Munasabah..” Wartawan #BraderCincau Trending

Soalan yang diselitkan sedikit sindiran halus mendapat perhatian warganet telah buatkan lelaki ini tular di laman sosial selepas ada akaun Twitter yang memuat naik kembali sedutan sesi soal jawab itu.

Published

on

Semalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang disampaikan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Aidilfitri nanti. Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah dilaksanakan di enam daerah di Selangor dan larangan merentas negeri sehingga 17 Mei 2021 menjadi tajuk perbualan di media sosial.

Pada ketika itu, bukan hanya pengumuman PKP itu sahaja yang mendapat perhatian rakyat Malaysia malah satu  sesi soal jawab bersama seorang wartawan bersama Ismail Sabri tular di media sosial. Dalam video terbabit jelas dilihat seorang wartawan telah menyuarakan kegusaran mengenai rentas negeri melibatkan orang kenamaan. Soalan yang diselitkan sedikit sindiran halus mendapat perhatian warganet telah buatkan lelaki ini tular di laman sosial selepas ada akaun Twitter yang memuat naik kembali sedutan sesi soal jawab itu.

Kita tak mahu lagi rentas negeri oleh orang kenamaan dengan alasan tak munasabah seperti ke Melaka membeli cincau contohnya

Baca artikel lain: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?

Kenyataan yang dibuat oleh wartawan tersebut keluar semasa dia bertanyakan perihal aktiviti merentas negeri sama ada wujud pengecualian untuk orang-orang kenamaan atau terkenal seperti yang berlaku sebelum ini. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet ‘gembira mendengar’ kenyataan berani wartawan itu kerana seakan terwakili apabila melihat beberapa isu tular berkenaan rentas negeri beberapa waktu kelmarin.

Sidang media yang bersiaran secara langsung jam 5 petang semalam telah membentangkan SOP untuk hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma minggu hadapan. Disebabkan kes positif pandemik semakin meningkat, beberapa daerah di Selangor dikenakan PKP dan rentas negeri masih tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas beberapa sebab mustahak.

Baca juga: “CTDK Lost My Respect” – Muat Naik Insta Story ‘bersyukur’ dapat pahala free, netizen pertikaikan ‘sikap’ TokTi?

Sumber: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement