Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Akibat ‘Kurang Cerdik’ Buang Sampah Merata, Penguatkuasa Temui Alamat Rumah Pada Sampul Kurier

Penguatkuasa temui alamat rumah lelaki yang buang sampah merata pada sampul kurier

Published

on

Tidak kira di mana sahaja kita berada, perbuatan membuang sampah merata tempat adalah salah. Ia bukan sahaja salah, malah merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Selain mengotorkan alam sekitar, sampah yang dibuang merata juga berkemungkinan menjadi makanan kepada haiwan-haiwan liar yang tidak tahu membezakan antara plastik dan makanan.Β 

Image via:

Memang mudah untuk buang sampah di kawasan terbuka. Bila dah pakai pelitup muka ni, lagilah senang nak buang sampah merata sebab tak ada siapa yang akan nampak muka kita. Jadi kita pun beranggapan akan terlepas daripada dikesan. Bagaimanapun, nasib malang menemui seorang lelaki ini apabila pihak berkuasa membuat kejutan menemui alamat rumahnya.

Tindakan buang sampah merata sudah dikira satu tindakan yang kurang bijak, namun lelaki ini menambah lagi tindakan kurang bijaknya itu dengan membuang sekali sampul kurier yang mempunyai alamat rumahnya. Ditambah lagi, lelaki itu membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda larangan membuang sampah. Memang mengundang padah.

Dari jauh mungkin susah nak kenal pasti wajah si pelaku, tapi bila dah ada bukti yang jelas seperti sampul kurier tersebut, maka bersiap sedialah untuk dikenakan tindakan.

Jangan main-main, penguatkuasa terus datang cari di rumah. Memang tak dapat nak lari ke mana-manalah. Ini mungkin menjadi pengajaran berguna buat semua agar tidak melakukan perbuatan tak bertanggungjawab itu. Buanglah sampah di tempat yang sudah disediakan. Kalau berada di dalam kereta pula, simpanlah dahulu sampah itu sehingga tiba di rumah untuk membuangnya.

 

Baca juga artikel menarik lain:

“Siaplah Hang Nanti” – Isteri ‘Cemburu’ Suami Belikan Hadiah Rantai Emas Untuk Kucing Kesayangan

Abang Dituduh Tak Restui Hubungan Percintaan, Lelaki Ini Nekad Bakar Rumah Abang!

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement