Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Adakah Benar PKP 2.0 Tidak Berkesan?

Sebagai rakyat, kita terus mainkan peranan okay…

Published

on

Ini mungkin persoalan yang bermain dalam fikiran majoriti rakyat Malaysia ketika ini. Adakah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali kedua ini berkesan melandaikan kes kebolehjangkitan wabak COVID-19? Walaupun semua sudah sedia maklum dengan prosedur operasi standard (SOP) namun masih ramai yang melanggarnya.

Selepas dua minggu PKP 2.0 dilaksanakan, kes harian masih belum dilihat berlaku penurunan. Secara tak langsung, hal ini membawa khabar angin bahawa total lockdown bakal dilakukan pasca 4 Februari ini. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) percaya sektor utama yang menjadi punca penularan ini adalah sektor pembuatan dan pembinaan. Jadi adakah kita bersedia sekiranya total lockdown terpaksa dilaksanakan?

Namun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, PKP hanya dijangkakan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu sahaja. Kalau boleh, tempoh ini tidak dipanjangkan kerana perlu seimbangkan antara kesihatan dan ekonomi. Apabila tempoh PKP selesai, akan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula. Dalam pada itu, beliau turut menjangkakan kes jangkitan COVID-19 akan turut kepada dua digit pada bulan Mei ini.

Apa pendapat Orang Ramai Tentang PKP 2.0?

Melalui tinjauan Kool FM, rata-rata orang ramai mengatakan PKP 2.0 kurang berkesan kerana masih ramai yang bebas keluar daripada rumah. Ada juga yang berpendapat, jika disambung kesannya mungkin sama sahaja sekiranya masih tiada hala tuju. Jadi, ramai juga berpendapat PKP secara ketat perlu dilaksanakan. Namun mampukah semua rakyat mengharungi PKP yang ketat sekali lagi.

Mengambil contoh keberhasilan PKP pertama pada bulan Mac tahun lalu, ada yang berpendapat sekiranya dilakukan buat kali kedua ia pasti berhasil. Mungkin sakit menanggung PKP itu hanya sementara, namun selepas selesai dan kes semakin susut, ekonomi boleh bergerak bebas seperti sedia kala. Ini hanyalah pandangan dan pendapat orang awam sahaja. Bagaimana dengan pendapat seorang penganalisis ekonomi?

PKP Secara Ketat Bukan Langkah Terbaik

Menurut Dato’ Dr. Madeline Berma, penganalisis ekonomi, negara kita sekarang berada pada peringkat pemulihan ekonomi. Memang orang ramai beranggapan PKP yang pertama kali dilakukan dahulu adalah cara terbaik. Namun ia bukan langkah terbaik untuk dilakukan buat kali kedua. Tambahnya lagi, jika berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19, kerajaan perlu fikirkan langkah baharu dan tidak boleh menggunakan lagi konsep total lockdown

Sekiranya PKP secara penuh dilakukan sekali lagi, adakah kerajaan mampu untuk tampung kerugian? Semasa PKP pertama dilakukan, dilaporkan negara kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari. Bagaimana pula kesannya kepada rakyat yang sekali lagi perlu menanggung kerugian sekiranya ekonomi sekali lagi ditutup. Jadi itu antara persoalan yang dilontarkan oleh Dr. Madeline. 

Kemudian, Dr. Madeline mencadangkan agar kerajaan mempercepatkan proses perolehan dan pengagihan vaksin COVID-19 kepada semua rakyat Malaysia. Itu sebagai langkah terbaik untuk mengawal semula keadaan dalam negara berbanding melakukan total lockdown. Keduanya, beliau turut mencadangkan kerajaan untuk memikirkan langkah-langkah baharu bagi mengawal penularan COVID-19. 

Apa yang dirisaukan adalah apabila kes terlalu banyak di hospital, ini akan memberikan tekanan terhadap sektor kesihatan negara. Bila keadaan menjadi terlampau tidak terkawal, maka amat merisaukan sekiranya kerajaan terpaksa mengambil langkah total lockdown. Manakala soal bantuan dari kerajaan pula, Dr. Madeline menyatakan kerajaan tidak boleh selamanya memberi bantuan kerana kesan daripada PKP ini juga telah mengurangkan hasil pendapatan negara. 

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

Baca juga artikel menarik lain:

Kumpulan Penggondam ‘Anonymous Malaysia’ Beri Amaran Ancaman Siber Ke Atas Kerajaan?

Spectator Sukan – Harimau Malaya Tak Menangis, Penting Ke Ranking Dalam Bola Sepak?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement