Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ada Surat Kebenaran Tak Buat Content Macam Ni?” – Video Hafiz Mahamad Guna Anggota Dan Kereta Polis Dipersoal

Niat yang baik dalam penghasilan video, namun proses penghasilannya tetap menjadi persoalan wargamaya…

Published

on

Semakin dekat dengan nak raya ni, mesti kita akan nampak pelbagai video sempena Hari Raya Aidilfitri dikeluarkan. Tidak kiralah ia dihasilkan oleh siapa pun, atau content yang macam mana pun, bagi mereka yang kreatif inilah masa yang terbaik untuk menghasilkan video raya yang mampu memberi impak kepada penonton. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dengan pelbagai isu yang bermain sejak beberapa minggu ini melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh sesetengah kelompok, maka Hafiz Mahamad iaitu influencer media sosial dan juga merupakan seorang usahawan terpanggil untuk menghasilkan video yang menyentuh hal tersebut. Video yang ringkas dan penuh dengan mesej itu memaparkan tentang larangan merentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri walau apa pun alasannya. 

Baca juga: “The Unproblematic Queen Is Cancel” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik

Dalam video tersebut juga Hafiz dilihat memerli golongan tertentu yang dilihat melanggar SOP hanya kerana diri bergelar instafamous. Walaupun video yang dihasilkan itu hanya sekadar menyampaikan pesanan tentang larangan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri, namun penghasilkan video tersebut yang melibatkan dua orang anggota polis beserta kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipersoalkan dari segi kebenaran membuat rakaman.

“Ada kebenaran bertulis dari team PRO PDRM tak untuk buat content ni?,” soal seorang warganet tentang penghasilan video tersebut. 

Jelas wargamaya tersebut lagi, SOP bagi penghasilan yang menggunakan anggota PDRM perlu melalui PRO mereka, dan juga production house yang menjalankan pengambaran ini perlu ada lesen daripada FINAS. 

Walaupun niat Hafiz dilihat baik dalam penghasilan video berbentuk nasihat dan peringatan seperti ini, namun proses penghasilannya tetap menjadi persoalan wargamaya. Buat masa ini, masih belum ada penjelasan yang diberikan oleh Hafiz. 

Baca juga: Ramai Pertikai Tindakan Usahawan Muda Ini Rakam Video Jenazah Rakan Sehingga Pengebumian

Sumber daripada: Twitter

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement