Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Ada Hubungi Cik B & Kacak, Tidak Berjawab..”- Bekas Suami DSV Mahu Hak Lawatan Anak

Moga dapat diselesaikan cara baik..

Published

on

Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

Begitulah luahan hati seorang bapa yang rindukan anak-anaknya.  Bekas suami jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali Datuk Seri Vida (DSV) membuat tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, baru-baru ini.

Bekas suami DSV yang bernama Mohd Amin Yasin diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anaknya Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Dapat jumpa 15 minit je

Mohd Amin ketika ditemui mendakwa, kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja. Beliau mengakui amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan.”

Mohd Amin turut mendakwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.

Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” katanya dalam keadaan sebak.

Baca juga:

“Selesai Sudah Majlis Hari Ini..”- Ibu Beri Hint, Neelofa & Haris Ismail bertunang?

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement