Connect with us

Semasa & Hiburan

“Fuh Selamat Aku Lega” – Pelakon Antagonis Azhan Rani ‘Lega’ Drama Nur Ditayangkan 1 Episod Sahaja Di Indonesia

Mengejutkan juga apabila pelakon, Azhan Rani berkata bahawa dia lega drama berkenaan yang mengangkatnya sebagai pelakon antagonis utama tidak ditayangkan sepenuhnya di negara seberang.

Published

on

Drama Nur yang menjadi fenomena di negara ini pada tahun 2018 sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila stesen televisyen Indonesia, MNCTV ‘melamar’ drama ini untuk ditayangkan di negara seberang sepanjang Ramadan dan Syawal.

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh krew produksi. Drama Nur mencatat kejayaan luar biasa apabila stesen penyiar Indonesia itu membeli hak siaran drama tersebut dan mula menayangkan drama itu di televisyen seberang pada 2 minggu yang lalu.

Namun, kini baru kita tahu bahawa drama tersebut sebenarnya ditayangkan sekali sahaja sebelum drama ini ditarik balik siarannya. Menurut pihak siaran dari Indonesia, drama ini hanya ditayangkan satu episod sahaja kerana rating yang begitu rendah.

Mengejutkan juga apabila pelakon, Azhan Rani berkata bahawa dia lega drama berkenaan yang mengangkatnya sebagai pelakon antagonis utama tidak ditayangkan sepenuhnya di negara seberang.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat Nur mulai faham mengapa Azhan berkata demikian. Ialah kalau di sini pun Azhan menerima kecaman hebat gara-gara watak Ustaz Hamadi, si penunggang agama yang dibawanya, apatah lagi bila disiarkan di sana. Pasti dia akan dikecam sekali lagi.

Sebenarnya niat Azhan Rani berkata begitu hanyalah sebagai gurauan dan ia diterima baik oleh peminat drama Nur. Ada juga yang memberi cadangan supaya satu drama tentang Ustaz Hamadi dibuat dek kerana tak puas melihat perkembangan watak antagonis tersebut.

Pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad ada bersuara mengenai hal ini. Melalui perkongsiannya di Instagram, pengarah berbakat besar ini menjelaskan bahawa Nur adalah drama yang dibuat mengikut citarasa rakyat Malaysia dan bukannya citarasa rakyat di negara seberang jadi ianya wajar sahaja jika drama ini tak dapat menembusi pasaran di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik acik bawang sana suka treatmen sinetron zoom in zoom out dgn character development dan music score sejenis overwhelming.”

Kata Ezad lagi, dia cuba untuk berfikiran secara positif. Apa yang penting bagi Ezad setakat ini adalah mesej yang ingin disampaikan melalui drama Nur ini sampai kepada mereka.

“Walaupun terpaksa ‘membunuh’ drama dari kita dengan alasan rating. Its okie. Yg penting mesej being delivered.”

Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat peminat-peminat cerita Nur memberikan semangat kepada Ezad. Kata mereka “drama Nur tetap kekal di hati rakyat Malaysia sehingga kini”.

Apa pun, kami sebagai rakyat Malaysia masih berbangga dengan produksi drama tempatan yang hebat dan mampu memberi mesej yang besar kepada umum.

Baca juga: Drama Nur Dan Nur 2 Kini Merentas Ke Indonesia

Sumber: Shahrulezad

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement