Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“A Sweet Ending To A New Beginning” – Nadia Brian Nak Buat Master?

Nadia Brian, seorang pelakon yang sering dikaitkan dengan cerita kontroversi kini berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Master’s Degree).

Published

on

Nadia Brian, seorang pelakon yang sering dikaitkan dengan cerita kontroversi kini berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (Master’s Degree).

Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Nadia Brian begitu hangat diperkatakan. Ia bukanlah satu rahsia lagi. Nadia Brian dituduh curang bersama lebih daripada seorang lelaki oleh bekas suaminya, Muiz Nasruddin. Setelah berbulan isu ini berlarutan, mereka akhirnya sah bercerai pada awal bulan ini.

Baca juga: Suami Dakwa Nampak Nadia Brian Curang

Selepas daripada itu, Nadia dilihat sering berkongsikan gambar dan video dengan kapsyen yang positif buat dirinya. Terbaru, Nadia berkongsikan gambar dirinya memakai jubah konvokesyen yang diambil semasa Diploma dan Degree. Menurut Nadia, itu adalah kenangan yang indah dan kini dia ada berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian)

Menerusi ruangan komen, rata-rata menyokong keputusan Nadia. Walaupun dunia masih dilanda wabak Covid-19 dan ini merupakan saat yang sukar buat semua namun sokongan yang diterima Nadia untuk melanjutkan pelajaran ke aras yang lebih tinggi sedikit sebanyak mengejutkan.

Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Nadia Brian. Semoga hasrat murni melanjutkan pelajaran tercapai.

Baca juga: Baru Bergelar Miss J, Ramai Tertanya Nadia Brian Sudah Habis Tempoh Iddah?

Sumber: Nadia Brian

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement