Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

8 Kes Saman Yang ‘Rare’ Dan Tak Masuk Akal

Memang betul-betul lain macam kes-kes saman ni…

Published

on

Mungkin kes-kes mahkamah ni kalau tak disampaikan dalam bahasa marhaen atau bahasa yang orang awam mudah faham, kita tak akan faham kes-kes ni semua pasal apa. Selalunya kes-kes saman yang kita baca di akhbar tu banyak melibatkan golongan kelas atasan. Golongan artis pun tak kurang juga dengan kes-kes saman. Antara kes-kes saman yang kita biasa dengar pula adalah seperti kes saman malu, saman fitnah dan lain-lain. Tapi ada juga kes saman yang kedengaran seperti tak masuk akal dan pelik. Jadi jom kita tengok apa kes-kes saman yang dianggap mengarut dan merepek.

1. Jelly Beans Disaman Kerana Mengandungi Gula

Kes ini berlaku pada tahun 2017 di mana seorang wanita terkejut apabila dia mendapati Jelly Bean mengandungi gula. Dah nama pun gula-gula takkan lah tak ada gula. Wanita tersebut yang berasal dari California membuat tuntutan kepada Jelly Belly, syarikat pembuat gula-gula Jeally Beans kerana menggunakan istilah “tebu sejat” dan bukan perkataan “gula” pada label gula-gula tersebut.

Syarikat Jelly Belly turut didakwa menipu pengguna tentang kandungan gula yang digunakan dalam gula-gulanya walaupun berat gula bagi setiap hidangan telah ditulis dengan jelas pada setiap bungkusan gula-gula. Kes ini akhirnya ditolak oleh mahkamah dan tuntutan wanita itu tidak berjaya.

2. Wanita Disaman Kerana Asyik Bermain Smartphone Semasa ‘Dating

Baca tajuk je dah garu kepala. Macam manalah wanita ni boleh kena saman sebab main smartphone je. Kes ini berlaku pada tahun 2017 di mana seorang lelaki berusia 37 tahun menyatakan rasa tidak puas hati bila wanita yang keluar dating dengan dia asyik bermain dengan smartphone. Kejadian ini berlaku ketika mereka sedang menonton wayang cerita “Guardians of The Galaxy Vol. 2.” Lelaki ini mendakwa wanita tersebut telah melanggar peraturan di dalam wayang serta mengganggunya menikmati filem tersebut. 

Wanita tersebut kemudian bersetuju untuk membayar harga tiket wayang mereka dengan syarat lelaki tersebut tidak akan menganggunya lagi. Tidak lama selepas itu lelaki tersebut menarik semula kesnya daripada mahkamah.

3. Kecewa Red Bull Gagal Beri Tenaga

Red Bull yang terkenal dengan slogan “Red Bull gives you wings” telah menghadapi masalah selepas didakwa menggambarkan minuman mereka mampu memberikan tenaga. Pada tahun 2016, minuman Red Bull didakwa tidak memberikan “sayap” kepada orang yang minum, bahkan tidak menambahkan tenaga pun.

Tambahan lagi syarikat Red Bull tidak mampu membuktikan minuman mereka mampu meningkatkan tumpuan seseorang. Red Bull akhirnya menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah dan bersetuju membayar 640,000 USD.

4. Penculik Saman Tebusan Sebab Lari

Kes ini berlaku pada tahun 2012. Jesse Dimmick merupakan seorang pelarian yang sedang menghadapi tuduhan membunuh. Dia menculik satu pasangan dari Kansas pada bulan September 2009. Semasa Dimmick tertidur, pasangan tersebut berjaya melarikan diri. Tak lama kemudian pasangan tersebut menuntut ganti rugi sebanyak 75,000 USD kepada Dimmick.

Yang menariknya, Dimmick membalas saman dengan mendakwa pasangan tersebut telah melanggar kontrak mereka. Dia mendakwa mereka mempunyai perjanjian lisan untuk menyembunyikan Dimmick dari dikesan polis. Kes ini ditolak akhirnya.

5. Michael Jordan Disaman Kerana Mempunyai Wajah Yang Sama Dengan Lelaki Lain

Biasanya kita akan suka kalau muka kita ni ada iras-iras dengan selebriti terkenal atau individu terkemukan. Tapi lain pula jadinya dengan seorang lelaki yang bernama Allen Ray Heckard yang berasal dari Portland ini. Pada tahun 2006 dia telah menyaman lagenda bola keranjang bersama Nike kerana mempromosikan Michale Jordan.

Lelaki tersebut mendakwa sepanjang 15 tahun dia sering dikelirukan dan disangka sebagai Michael Jordan. Oleh sebab itu dia mengalami penderitaan emosi. Lelaki tersebut kemudian menggugurkan kesnya dan sebabnya tidak diketahui.

6. Saman Diri Sendiri

Pada tahun 1995, seorang lelaki telah menyaman dirinya sendiri sebanyak 5 juta USD kerana telah melanggar kepercayaan agamanya dan membuat dirinya ditangkap selepas melakukan jenayah. Robert Lee Brock diletakkan di Indian Creek Correctional Center di Virginia.

Disebabkan Brock di dalam penjara dan tidak mempunyai pendapatan, maka dia meminta negeri yang memenjarakannya membayar jumlah saman yang dia sendiri tuntut. Hakim menolak kes tersebut. Mungkin terlalu mengarut tuntutan dia.

7. Guru Disaman Selepas Kejut Anak Murid Yang Tidur

Ibu bapa kepada salah seorang pelajar di Sekolah Menengah Danbury telah menyaman guru sekolah itu kerana telah mengakibatkan masalah pendengaran kepada anaknya. Guru tersebut telah memukul meja dengan kuat untuk kejutkan pelajar tersebut daripada tidur.

Pada tahun 2008, keluarga kepada pelajar tersebut membuat tuntutan terhadap sekolah, lembaga sekolah serta bandar mereka. Kes tersebut akhirnya ditolak oleh mahkamah. Kes-kes melibatkan guru dan ibu bapa kepada pelajar pun banyak juga jadi dekat Malaysia ni.

8. Pelajar Menyaman Untuk Dapatkan A+

Brian Delekta merupakan seorang pelajar senior di Memphis High School di Michigan. Dia mendakwa bahawa dia layak mendapat A+ dalam salah satu subjek di kelasnya. Tapi dia cuma dapat A je.

Keluarganya juga menuntut untuk grade Delekta dinaikkan ke A+ bagi membolehkannya menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Kes tersebut yang berlangsung pada tahun 2003 akhirnya berakhir dengan kekalahan. Mungkin dengan cara saman pun tak boleh nak ubah markah kelas.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kenapa Watak Kartun Mickey Mouse Pakai Sarung Tangan?

Nampak Sedap, Tapi Makanan Ni Tak Patut Diambil Ketika Perut Kosong!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement