Connect with us

Semasa

“700 Kes Sehari, Hanya 80 Maksima Yang Dapat..” – Frontliners Luah Proses Pengambilan Pesakit COVID-19

Selalu kita mendengar luahan hati frontliners yang bertugas di hospital. Kini, frontliners ambulans pula meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan…

Published

on

Acap kali kita mendengar luahan hati para frontliners yang bertugas menjaga pesakit-pesakit COVID-19 di hospital. Kali ini, muncul pula luahan hati frontliners yang bertugas mengambil pesakit COVID-19 untuk membawa mereka ke pusat kuarantin. Menurut sebuah bebenang ciapan di Twitter, jumlah kes positif di sekitar Klang semalam mencecah sehingga 700 kes. Katanya, hanya 80 pesakit sahaja paling maksima untuk mereka bawa ke pusat kuarantin di MAEPS Serdang, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara dalam masa satu hari.

Bebenang ciapan luahan hati frontliners ini menceritakan tentang proses-proses yang dilakukan oleh mereka untuk membawa pesakit positif ke pusat kuarantin. Menurutnya, proses yang paling mencabar adalah untuk mengenal pasti keberadaan pesakit-pesakit tersebut. Ini kerana ada di kalangan mereka yang memberi maklumat lokasi yang salah, berlakunya salah maklumat, dan yang paling mencabar adalah ketika mengambil  pesakit bukan warganergara dek kerana perbezaan bahasa.

Setelah mereka diambil, proses saringan yang seterusnya akan berlaku di pusat kuarantin di mana mereka dibahagikan mengikut beberapa faktor seperti warganergara, jantina, dan sejarah penyakit mereka sama ada kronik atau acute. Sebagai contoh, jika ada di kalangan mereka yang mengalami penyakit diabetes, mereka akan berada di zon ‘kuarantin’ yang menjadi ‘keutamaan’ para petugas kesihatan untuk mengawal keadaan kesihatan mereka dari semasa ke semasa.

Baca juga: [VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..? – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Dia juga turut meluahkan ada di kalangan kita yang tidak percaya dengan jumlah statistik kes positif harian COVID-19 di negara kita yang beranggapan bahawa maklumat tersebut hanyalah ‘rekaan’ semata-mata. Segelintir masyarakat mendakwa bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sengaja ‘meningkatkan’ data tersebut hanya untuk ‘menakutkan’ kita. Aduhai, kemelut ini merupakan isu yang serius dan tiada masa untuk pihak berkuasa menjadikan isu ini sebagai ‘gurauan’.

Bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bertimbang rasa mempunyai perasaan ‘belas kasihan’ serta menghargai usaha para frontliners yang sanggup ‘berkorban’ menghabiskan masa dan tenaga di hospital untuk berbakti kepada negara tercinta demi membanteras wabak membawa maut ini.

Oleh yang demikian, seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan kayangan mahupun bawahan yang mengingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4.0 akan tiba. Janganlah kita menjadi salah satu negara yang akan menjadi seperti negara India yang ‘bercelaru’ akibat kes COVID-19 yang tidak terkawal. Ingat, sentiasa pakai pelitup muka, jaga jarak 1 meter anda dan patuhilah SOP.

Baca juga: “Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter 

 

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement