Semasa & Hiburan
6 Seni Mempertahankan Diri Yang Bahaya Dan Mampu Membunuh
Jangan main-main dengan silat. Boleh bawa maut!
Seni mempertahankan diri ni memang banyak dekat dunia. Rata-rata orang mempelajari seni mempertahankan diri adalah untuk mempersiapkan diri daripada sebarang bahaya, dan ada juga yang sekadar suka-suka sebab nak tahu macam mana seni mempertahankan diri tu.
Seni mempertahankan diri juga digunakan dalam acara-acara sukan seperti pertandingan Mixed Martial Arts (MMA) yang terkenal sebagai pertandingan yang menggunakan pelbagai jenis cara. Paling bahaya sebenarnya ada juga seni mempertahankan diri yang boleh mengakibatkan maut. Mungkin sebab tu kalau tengok filem pasal martial arts, mesti ada babak sifu buang anak murid yang ada naluri jahat. Takut ilmu martial arts tu disalah guna untuk kejahatan.
Sambo
Seni mempertahankan diri ini berasal dari Rusia. Negara Rusia mempunyai sejarah diserang oleh Mongol, Perancis dan Jerman dalam masa yang sama. Jadi Rusia ada banyak peluang untuk belajar teknik-teknik mempertahankan diri yang baru. Jadi kalau berperang tu memang merekaΒ akan gunakan martial arts semasa bertempur. Lama-kelamaan orang Rusia mengembangkan teknik ini menjadi bentuk gusti yang sangat kejam.Β

Image via:https://en.wikipedia.org/
Tetapi semasa Revolusi Komunis pada tahun 1917, pengamal martial arts di sana merasakan gusti dan memukul musuh sehingga patah tulang tak cukup untuk melawan musuh. Jadi mereka mengubahnya menjadi Sambo, dimana dalam Bahasa Rusia bermaksud βpertahankan diri tanpa senjataβ.
Muay Thai
Seperti negara-negara Asia Tenggara yang lain semasa zaman peperangan dahulu, Thailand sering dimasuki musuh-musuh asing. Jadi orang-orang Thailand banyak berlatih cara pukul musuh sampai mati. Maka terlahirlah seni bela diri Muay Thai atau dikenali juga seni lapan anggota badan.

Image via:https://www.airportels.asia/
Mengikut fahaman seni bela diri Muay Thai, lutut dan siku dikira sebagai bahagian badan yang terpisah, jadi ia digunakan sebagai senjata utama untuk menghentak musuh sekuat yang boleh. Dalam Muay Thai, terdapat satu teknik yang disebut βThrowing Buffalo Punchβ. Teknik ini dapat menjatuhkan kerbau dengan hanya satu pukulan.Β Seni bela diri ini masih diamalkan di Thailand sehingga ke hari ini dan digunakan di dalam acara sukan.
MCMAP
Bagi United State Marine Corps, mereka telah melihat dan melalui banyak aksi pertempuran. Pasukan ini akan melalui sekurang-kurangnya dua pertempuran dalam setahun sejak tahun 1775. Hasilnya, satu program pertempuran jarak dekat dari pelbagai negara dan menamakannya βMarine Corps Martial Arts Programβ atau singkatanya MCMAP.

Image via:https://evolve-mma.com/
Teknik ini lebih cenderung dan menfokuskan kepada cara membunuh pihak musuh. Bila MCMAP digunakan, ia mampu memusnahkan atau menyakitkan mana-mana bahagian tubuh musuh menggunakan tangan. Jadi kadang-kadang pihak musuh boleh terbunuh dengan teknik martial arts ni.
Silat
Seni mempertahankan diri yang banyak diamalkan di Malaysia, dan menjadi antara warisan kita. Kalau tengok filem Hang Tuah, memang seronok tengok aksi pertarungan Silat yang penuh dengan gaya. Negara kita pun banyak diserang dengan musuh-musuh luar, jadi Silat dilihat sebagai satu cara untuk mempertahankan diri dari musuh-musuh tersebut.

Image via:https://steemit.com/
Teknik-teknik dalam persilatan juga ditambah dan diperbaiki sebagai persediaan lebih baik untuk berhadapan dengan musuh baharu. Terdapat juga senjatan yang sinonim dengan Silat iaitu keris. Senjata keris dikatakan mampu menghunus ke perut mangsa dan memusnahkan usus di dalamnya. Memang terus meninggal musuh tak boleh diselamatkan.
Eskrima
Seni bela diri ini datangnya dari Filipina dan merupakan satu seni mempertahankan diri kuno. Senjata utama digunakan adalah tongkat kayu kecil yang mampu mengalahkan musuh. Selama berabad kayu kecil itu digunakan untuk memukul sesama mereka, tetapi selepas tibanya penjajah dari Portugis pada tahun 1521, orang Filipina memutuskan untuk menggunakannya sebagai senjata membunuh musuh.

Image via:https://medium.com/
Tetapi senjata itu cuma perantaraan sahaja kerana falsafah mereka adalah tanpa senjata juga mereka mampu membunuh musuh dengan tangan mereka sendiri. Coldblooded!
Krav Maga
Ia pada mulanya diciptakan pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki berbangsa Yahudi untuk mempertahankan diri dari tentera Nazi. Lelaki tersebut memukul tentera Nazi menggunakan senjata mereka dan kemudian lari sebelum tentera yang lain datang. Pada tahun 1940 lelaki tersebut lari daripada Holocaust dan tiba di Palestin untuk mengajarkan tekniknya kepada tentera tempatan.

Image via:https://www.expressnews.com/
Seperti kebanyakan seni bela diri yang lain, Krav Maga mendorong pengamalnya untuk menghindari konfrontasi fizikal. Sekiranya ianya masih tidak dapat dielakkan, pengamal Krav Maga boleh bertarung secepat yang mungkin dengan agresif. Serangan akan ditujukan pada bahagian tubuh yang terdedah atau lemah dan boleh mengakibatkan kecatatan kekal atau maut.
Baca juga artikel menarik lain:
Asteroid Sebesar Bas Dikesan Sehari Selepas Hampir-Hampir ‘Merempuh’ Bumi
Geng Mamak – Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM12 Juta Dan Lesap Dalam Masa 20 Minit