Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

6 Haiwan Yang Dikenali Dengan Sifat Setia

Kadang-kadang haiwan pun romantik juga…

Published

on

Haiwan yang mempunyai sifat setia yang tinggi terhadap tuannya mungkin adalah anjing, seperti dalam kisah Hachiko iaituย seekor anjing yang setia dengan tuannya walaupun tuannya telah mati. Tapi bagaimana pula dengan haiwan yang mempunyai sifat setia yang tinggi terhadap pasangannya?ย Jomย baca lanjut kenali haiwan-haiwan ini…

1. Angsa

Angsa merupakan haiwan yang paling setia dan juga boleh dikira cantik. Kebiasaannya angsa akan mengamalkan kehidupan secara monogami. Tiada yang dua, hanya satu pasangan seumur hidup. Angsa juga menjadi agresif sekiranya angsa lain menghampiri pasangannya.

Semasa musim sejuk, haiwan ini aktif secara seksual dengan mendekati pasangan mereka dan melakukan pergerakan leher yang unik. Selepas bertelur pula, angsa betina akan menjaga telur sambil dibantu angsa jantan. Apa yang menariknya adalah angsa ini tidak akan mencari ganti jika pasangannya telah mati. Memang betul-betul setia!

2. Penguin

Ketika musim panas, penguin akan kembali ke tempat mereka dilahirkan untuk mencari pasangan mereka yang akan dijadikan sebagai pasangan seumur hidup. Jadi seperti angsa, penguin juga sejenis haiwan monogami.

Jika penguin jantan lain kacau pasangannya, penguin jantan itu akan bersikap sangat agresif untuk mempertahankan kekasih hatinya. Yang bagusnnya penguin ni, tugas menjaga telur adalah tugas penguin jantan. Buat para lelaki bolehlah contohi penguin untuk tugas di rumah tu.

3. Ikan Angler

Ikan Angler merupakan ikan yang hidup di dalam lautan dalam. Tahap kesetiaan ikan ni boleh tahan dasyat. Bila sampai musim mengawan, ikan jantan akan menangkap dan menggigit ikan betina dengan giginya.

Kemudian aliran darah bagi kedua-duanya bercampur dan akan memindahkan sperma ikan jantan ke ikan betina. Selepas proses ini selesai, ikan jantan akan menjadi lemah dan mereka pun menghabiskan sisa hidup bersama-sama dengan gembira. Cinta yang agak unik dan pelik!

4. Serigala

Serigala mempunyai ikatan yang kuat sesama mereka. Boleh juga dikira sebagai spesies yang luar biasa. Serigala akan tinggal bersama pasangan mereka seumur hidup tanpa sebarang rungutan dan permintaan. Maksudnya memang tidak ada konflik yang berlaku antara mereka.

Semasa dalam perjalanan yang jauh, setiap serigala diberikan tugas masing-maisng untuk menjamin semuanya terlindung dari bahaya. Sebab itu serigala dikenali dengan kekuatannya berjalan di dalam kumpulan.

5. Burung Hantu

Burung hantu juga merupakan haiwan yang bersifat monogami. Setiap pasangan akan saling membantu ketika menjaga dan memberi makan anak mereka. Selain itu, burung hantu juga terkenal dengan sifat protective dan sanggup menggadaikan nyawa untuk melindungi anaknya.

6. Gibbon

Gibbon, satu spesies monyet yang hanya berkahwin dengan satu pasangan sahaja seumur hidup. Bagi mereka ia merupakan satu kelebihan yang membolehkan mereka mengoptimumkan sumber makanan dan juga tenaga ketika melindungi kawasan mereka. Kehidupan Gibbonย simple je.

Habiskan masa bersama, berkongsi sumber makanan dan menjaga keturunan mereka. Gibbon juga merupakan haiwan yang mempunyai ritual memikat pasangan yang paling pelik di dunia.

 

 

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Ini 5 Letusan Gunung Berapi Paling Seram Dalam Sejarah

5 Bandar Tidak Lagi Berpenghuni…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement