Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kenali 5 Organisasi Jenayah Terbesar Dan Menggerunkan Di Dunia

Ganas-ganas nak ke mana tu…

Published

on

Bagi golongan marhaen macam kita ni, underworld atau dunia jenayah menjadi satu dunia yang asing. Organisasi jenayah paling hebat pun yang kita pernah nampak ada dalam filem KL Gangster. Tapi tu dalam filemlah dan cuma berada di Kuala Lumpur sahaja. Perkongsian kumpulan jenayah ini bukanlah untuk mempromosi aktiviti jenayah, tetapi sekadar berkongsi fakta dunia sahaja. Jadi, jom kenali 5 kumpulan jenayah paling besar dan berpengaruh di dunia.

Yamaguchi-gumi, Jepun

Di Jepun, terdapat satu organisasi jenayah yang terbesar, dan dikira sebagai organisasi jenayah paling besar di dunia. Ia dikenali dengan nama Yamaguchi-gumi yang mempunyai lebih 55,000 active member. Kumpulan ini wujud sebelum perang dunia kedua dan penubuhannya dapat dijejaki kembali ke kesatuan pekerja buruh pelabuhan. Boleh tahan ramai anggota kumpulan ni yang dikatakan mengawal jenayah terancang di Jepun.

Organisasi ini membuat keuntungan berbilion dolar dalam setahun melalui pelbagai aktiviti jenayah termasuk peras ugut, penjualan dadah dan senjata, perjudian, pornografi dan manipulasi pasaran saham. Memang satu kumpulan yang digeruni, sehinggakan salah seorang anggota mereka pernah membunuh datuk bandar Nagasaki hanya kerana merosakkan keretanya pada tahun 2007.

Camorra, Itali

Ini merupakan kumpulan mafia paling tua di dunia yang pernah dicatatkan. Kumpulan yang berasal dari Naples, Itali ini mempunyai sejarah yang bermula pada abad ke-18. Ada juga yang mempercayai mereka bermula dari sebuah kongsi gelap di Sepanyol pada abad ke-16. Kegiatan jenayah yang dilakukan kumpulan ini pada awalnya hanyalah rompakan kecil dan peras ugut.

Tapi lama-kelamaan kumpulan ini bertukar menjadi sebuah organisasi jenayah yang mengancam keamanan penduduk setempat. Kini, Camorra terlibat dalam jenayah bunuh, pemerdagangan dadah dan pelacuran, penjualan kanak-kanak untuk dijadikan hamba, serta menguruskan pembuangan sampah secara haram yang kesannya mampu mencemarkan tanah dan udara.

Arellano Felix, Mexico

Kumpulan ini turut dikenali sebagai Tijuana Cartel, merupakan salah satu kartel dadah yang paling ganas di Mexico. Bermula dengan hanya 11 anggota, ‘perniagaan’ dalam kalangan ahli keluarga ini telah berkembang dengan ganasnya dan menyusup masuk ke dalam sistem perundangan dan kehakiman Mexico, serta melakukan pemerdagangan kokain, ganja, heroin dan metamfetamin ke negeri-negeri lain.

Image via:Blogspot

Sebuah filem arahan Steven Soderbergh pada tahun 2000 yang berjudul Traffic telah menceritakan secara terperinci eksploitasi yang dilakukan kumpulan jenayah ini. Filem tersebut turut memenangi anugerah Oscar pada tahun 2001.

D-Company, India

Kumpulan jenayah yang ganas dari India ini diketuai oleh salah seorang pengganas dan bos jenayah yang paling dikehendaki dan menakutkan di dunia, iaitu Dawood Ibrahim. D-Company adalah organisasi jenayah yang membiayai dan menyokong kegiatan pengganas atau terrorist di negara mereka sendiri. Kumpulan ini jugalah yang bertanggungjawab ke atas keganasan pengeboman di Mumbai pada tahun 1993 dan juga merancang serangan selanjutnya di Gujarat.

Organisasi ini mengaut keuntungan berbilion dolar melalui perdagangan senjata dan dadah, pembunuhan secara upahan, pemalsuan dokumen, peras ugut, hartanah dan turut didakwa terlibat dalam industri perfileman di India. Mungkin ada filem Bollywood yang diterbitkan kumpulan ini yang kita pernah tengok.

Geng Nombor, Afrika Selatan

Geng Nombor atau The Numbers Gang merupakan geng penjara yang paling menakutkan di dunia. Kumpulan yang beroperasi dari penjara Western Cape ini dikatakan mengawal hampir setiap penjara di Afrika Selatan melalui keganasan. Kumpulan ini diketuai oleh nombor 28s, iaitu John Mongrel yang mengambil anggota bawahan melalui keganasan dan liwat paksa. Nombor seperti 28s, 27s dan 26s mempunyai pangkat dan fungsi masing-masing di dalam kumpulan. Sebarang ketidakpatuhan akan mengakibatkan kematian.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Suami Rahsiakan Kepala Botak Sebelum Kahwin, Isteri Buat Laporan Polis…

Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement