Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

5 Foto Paling Mahal Di Dunia Yang Pernah Dijual

Kalau mahal-mahal ni mampu tengok jelah

Published

on

Biasanya hasil seni seperti lukisan potrait atau ukiran patung menjadi hasil seni yang tinggi nilainya dan boleh mencecah sehingga jutaan dolar. Tapi kalau kita ambil gambar guna kamera agak-agak boleh jual mahal tak gambar tu? Jom tengok 5 keping foto yang dijual pada harga yang tinggi. Ni kira gambar-gambar paling mahal di dunia.

5. Dead Troops Talk 

Ini merupakan gambar yang dihasilkan oleh Jeff Wall, seorang jurugambar terkenal dengan gambar-gambar yang diinspirasikan daripada sejarah dunia. Bagi gambar ini ia dikatakan menceritakan secara halus hubungan yang terjalin antara askar yang menjadi mangsa peperangan. Ia ilham daripada satu serangan Red Army Patrol berhampiran Moqor di Afghanistan pada tahun 1986. Lukisan ini dijual dalam sesi lelongan anjuran New York Christie pada bulan Mei 2012 pada harga 3,666,500 USD (RM15.86 juta).

4. To Her Majesty

Dua orang jurugambar bernama Gilbert Prousch dan George Passmore dikatakan merakamkan siri 37 keping gambar yang dicetak pada tahun 1973. Rangkaian gambar ini juga turut dikatakan sebagai memperingati malam yang memabukkan duo ini. Ia dijual pada sesi lelongan London Christie pada bulan Jun 2008 dengan harga 3,765,276 USD (RM16.28 juta). Itu nilai 12 tahun lepas. Mungkin sekarang nilainya lebih daripada itu.

3. Untitled #96

Gambar ini merupakan hasil kerja Cindy Sherman. Gambar ini juga dikatakan sebagai satu simbol inspirasi kepada seorang jurufoto dan juga pengarah filem Hollywood. Di dalam gambar tersebut, ramai yang mendakwa bahawa ekspresi wajah dan bahasa tubuhnya menunjukkan dia dalam keadaan yang terancam. Menurut Sherman pula, dia ingin mengambarkan kejadian rogol dan penderaan di dalam foto. Gambar ini dilelong pada tahun 2011 pada harga 3,890,500 USD (RM16.83 juta).

2. Spiritual America

Foto ini memang tidak sesuai untuk tontonan umum dan ianya merupakan salah satu gambar yang paling kontroversi di dunia. Dalam gambar yang dirakamkan Richard Prince ini menunjukkan seorang kanak-kanak wanita berusia 10 tahun dirakamkan dalam keadaan tanpa seutas benang. Gambar yang memaparkan kanak-kanak bernama Brooke Shields itu diharamkan daripada dipamerkan di Tate Modern di London. Bagaimanapun, ia dijual pada tahun 2014 pada harga 3,973,000 USD (RM17.189 juta).

1. Rhein II

Gambar yang dirakamkan oleh Andreas Gursky ini memaparkan Sungai Rhein di Eropah pada tahun 1999 yang merentasi beberapa negara. Sungai tersebut dirakamkan antara ladang rumput hijau dan di bawah langit yang mendung. Gursky dikatakan telah mengeluarkan imej pejalan kaki anjing dan bangunan kilang dalam penyuntingan digital bagi gambar tersebut. Mungkin disebabkan gambar ini terlalu ‘artistik’ ia dijual dengan harga 4,338,500 USD (RM18.768 juta) pada tahun 2011. 

Baca juga artikel menarik lain:

Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…

Terserempak Lembaga Misteri Dalam Rumah! Lelaki Ini Buat Keputusan Pindah Rumah Terus…

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Expert Photography 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement