Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

4 Model iPhone Baharu Dilancarkan. Ini Perbandingan Wajib Tahu Sebelum Pembelian

Wajib tahu sebelum beli…

Published

on

Buat peminat telefon pintar jenama iPhone, mungkin pelancaran model iPhone terbaharu ini bakal membuatkan anda berasa lega dan teruja selepas lama menanti. Jadi apa yang istimewa untuk keluaran model terbaharu ni? Apple semalam telah melancarkan bukan satu, bukan dua, tetapi empat model iPhone 12 terbaharu dengan variasi berbeza. Sebelum membuat pembelian, lebih baik anda baca perbandingannya dahulu.

iPhone 12

Jelasnya iPhone 12 adalah pengganti kepada iPhone 11. Mungkin kepada anda yang berminat nak membeli iPhone 11 boleh pertimbangkan untuk membeli iPhone 12. Ini merupakan ciri-ciri yang ada pada iPhone 12:

  • Skrin paparan 6.1 inci beserta panel OLED Super Retina XDR. Sama seperti iPhone terdahulunya.
  • Dengan skrin OLED, ia mempunyai maksimum 1200 nits kecerahan serta menyokong Dolby Vision, HDR 10 dan HLG.
  • Paparan lebih tahan lasak. Dikenali sebagai Ceramic Shield.
  • Dua lensa kamera pada panel belakang dengan kombinasi lensa 12MP f/1.6 (utama)+12MP f/2.4 (sudut lebar).
  • Kedua-dua lensa terdapat ciri Night Mode. Lensa utama memberikan 27% peningkatan pencahayaan berbanding sebelumnya.
  • Dilengkapi Night Mode Lapse beserta kemampuan rakaman video 4K HDR dengan Dolby Vision.
  • Kamera swafoto didatangkan dengan Night Mode yang mempunyai ciri seperti Deep Fusion, Smart HDR 3, rakaman Dolby Vision dan sebagainya.
  • Sokongan pengecasan tanpa wayar yang mengandungi sistem “MagSafe”.

Itu antara ciri-ciri menarik iPhone 12. Namun turut diumumkan hanya kabel pengecas USB-C ke Lightning yang disertakan dalam kotak pembelian. Selain itu, iPhone 12 ditawarkan lima pilihan warna iaitu White, Black, Blue, Green dan (PRODUCT) RED. Jadi boleh dapatkan warna kesukaan anda.

iPhone 12 mini

Ini merupakan kali pertama Apple meletakkan nama “mini” pada barisan iPhone. Kalau sebelum ini Apple hanya menggunakannya pada produk iPod, iPad dan Mac sahaja. Tapi yang pasti, Apple mengeluarkan kenyataan bahawa iPhone 12 mini merupakan telefon 5G paling kecil dan ringan yang ada di pasaran buat masa ini. Jadi ini antara ciri-ciri iPhone 12 mini:

  • Skrin paparan 5.4 inci. Lebih kecil berbanding iPhone SE keluaran tahun 2020.
  • Lain-lain ciri sama sahaja seperti iPhone 12, tetapi dalam saiz “mini”.

Mungkin model “mini” sesuai buat anda yang sukakan model smartphone yang bersaiz kecil. Mudah untuk digenggam barangkali. 

iPhone 12 Pro

iPhone 12 Pro merupakan model iPhone mercu dari Apple untuk tahun 2020. Begitu juga dengan iPhone 12 Pro Max. Baca ciri-ciri ini untuk mengetahui sama ada ia merupakan iPhone yang sesuai untuk keperluan anda ataupun tidak.

  • Saiz skrin 6.1 inci menggunakan skrin OLED. Perbandingan dengan skrin iPhone 11 Pro tahun lepas adalah sedikit besar.
  • Panel skrin menyokong paparan HDR, DCI-P3, True Tone, Haptic Touch, kecerahan sehingga 1,200 nits dan juga resolusi (2532×1170) 460 ppi.
  • Sama seperti iPhone 12 yang mempunyai Ceramic Shield. Ia 4x lebih tahan jika terjatuh.
  • Sama seperti iPhone 11 Pro yang mempunyai 3 lensa di belakang, iaitu 12MP utama, 12MP telefoto, dan juga 12MP sudut lebar.

  • Terdapat ciri baharu Night Mode dan Deep Fusion untuk kesemua lensa, rakaman video dalam HDR dan Dolby Vision HDR, dan juga Apple ProRaw.
  • Teknologi LiDAR dari iPad Pro 2020 dibawa masuk ke iPhone 12 Pro. ia merupakan sistem mengukur jarak menggunakan cahaya dan data kedalaman yang lebih tepat berbanding sistem jarak lain seperti ToF.
  • Sama seperti iPhone 12 mempunyai sistem pengecasan baharu “MagSafe” yang mana ia boleh dicas selaju 15W.

iPhone 12 Pro Max

Akhir sekali adalah iPhone Pro Max, iaitu model high-end dalam variasi model iPhone 12. Namun bagi segelintir pihak ia mungkin sekadar iPhone 12 Pro dalam versi saiz skrin yang lebih besar. Berikut adalah ciri-cirinya:

  • Dilengkapi skrin berukuran 6.7 inci. Ianya sedikit lebih besar berbanding iPhone 11 Pro Max yang dikeluarkan tahun lepas. Jadi ia merupakan model iPhone yang paling besar pernah dihasilkan Apple.
  • Apple juga menyatakan kamera iPhone 12 Pro Max adalah lebih hebat berbanding iPhone 12 Pro. Namun ia tetap disertakan dengan 3 unit 12MP kamera – utama, sudut lebar, dan telefoto.

  • Telefoto lebih hebat dengan zum optikal sehingga 5x berbanding hanya 4x pada iPhone 12 Pro.
  • Sudut lebar pula, ia masih lagi lensa yang sama seperti iPhone 12 Pro.
  • Spesifikasi yang lain pula adalah sama dengan iPhone 12 Pro.

Harga Jualan Model Terbaharu iPhone

Sudah habis baca ciri-ciri terbaharu, mestilah nak tahu harganya juga. Untuk pasaran Malaysia, iPhone 12 Pro dijual bermula pada harga RM4,899, manakala iPhone 12 Pro pula RM5,299. Bagi iPhone 12 pula harga bermula  RM3,899, dan iPhone 12 mini pada harga serendah  RM3,399

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa Apple tidak lagi menyertakan kepala pengecas dan juga fon telinga Earpod. Maknanya, hanya ada telefon pintar dan wayar USB-C kepada Lightning sahaja dalam kotak. Paling penting, kesemua model iPhone tebaharu ini dilengkapi cip A14 Bionic yang mana ia adalah 50% lebih pantas dari mana-mana telefon pintar lain. Selain itu, kesemuanya dilengkapi juga dengan teknologi 5G.

Baca juga artikel menarik yang lain:

iOS 14 Kini Boleh Dimuat Turun, Apa Yang Menarik?

Bukan Sekadar Jam, Apple Watch Siri 3 Edisi Nike Selamatkan Nyawa Lelaki Ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement