Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

10 Fakta Saintifik Popular Yang Kini Tidak Boleh Digunapakai Lagi

Banyak rupanya fakta-fakta saintifik yang kita rasa betul dahulu sebenarnya telah dibuktikan salah…

Published

on

Sejak di bangku sekolah kita telah disuap dengan fakta-fakta saintifik berkenaan dunia dan alam semesta. Ada fakta yang memang kita terima dengan bukti saintifik yang kukuh seperti putaran bumi mengelilingi matahari, dan ada juga fakta yang kita tolak terus seperti evolusi manusia yang bermula daripada monyet. Ada juga fakta saintifik yang ditolak selepas dibuktikan salah seperti flat earth, tapi entah dari mana muncul semula kumpulan yang mengangkat teori flat earth ni. Jadi kali ni kita akan lihat 10 fakta saintifik yang dianggap tidak benar lagi pada zaman sekarang.

1. Air Cuma Ada Di Bumi Sahaja

Fakta ini mungkin disebabkan pada waktu dahulu ahli pengkaji bintang tidak mempunyai alatan yang canggih yang mampu melihat struktur permukaan planet lain dengan jelas. Tapi kini setelah teknologi menjadi semakin maju, mereka telah mampu menemui bukti bahawa planet Marikh sebenarnya mempunyai banyak air. Sama juga seperti planet-planet lain dan bulan. Menurut penemuan National Aeronautics and Space Administration (NASA), didapati bulan yang digelar Europa di planet Musytari mempunyai lebih banyak air berbanding bumi.

2. Dinosaur Sudah Pupus

Mengikut pembacaan kita dahulu, spesis dinosaur dikatakan telah pupus akibat hentaman batu meteor yang dasyat 65 juta tahun dahulu. Sebenarnya sehingga sekarang terdapat haiwan yang membawa genetik spesis dinosaur seperti burung merpati, hummingbird, dan burung camar. Menurut pakar paleontologi, burung-burung yang terdapat pada hari ini merupakan hasil dari evolusi spesis dinosaur.

3. Otak Kiri Dan Otak Kanan

Mungkin ada di antara kita yang selalu ingat kita ni lebih cenderung menggunakan otak kanan sebab suka benda-benda yang kreatif dan tak suka mengira. Tetapi sebenarnya tak ada kajian pun yang dapat menunjukkan kecenderungan penggunaan otak kiri dan kanan pada seseorang. Apa yang kita tahu adalah setiap bahagian otak mempunyai peranan masing-masing, seperti bahagian kanan yang mengawal percakapan dan bahagian belakang yang membolehkan kita melihat.

4. Manusia Ada 5 Deria

Ingat lagi tak masa sekolah rendah kita ada belajar tentang deria manusia ni. Secara asasnya kita belajar yang manusia mempunyai 5 deria iaitu deria sentuhan, rasa, bau, penglihatan dan pendengaran. Tapi itu adalah deria asas pada kita. Manusia juga sebenarnya mempunyai deria lain seperti Proprioception untuk merasakan orientasi badan kita pada sesuatu ruangan, thermoception sebagai deria rasa suhu persekitaran, equilibrioception untuk keseimbangan badan, dan juga interoception merasakan keadaan fisiologi kita.

5. Lidah Ada Peta Rasa

Ini juga merupakan salah satu fakta yang kita pernah nampak dalam buku atau majalah sains satu ketika dahulu. Disebabkan fakta inilah kita selalu letak madu atau manisan di bahagian depan lidah, sebab ingat tu deria manis. Deria rasa pada lidah kita ni sebenarnya sama je pada seluruh lidah. Tak ada tempat yang rasa lebih manis atau lebih masam.

Baca juga: Fakta Seram Tentang Kubur ‘Vampire’ Yang Berjaya Ditemui!

6. Kita Guna Hanya 10% Kapasiti Otak Kita

Otak manusia sebenarnya digunakan tanpa henti sampailah kita mati. Otak kita juga menggunakan 20% dari tenaga badan kita. Otak manusia sentiasa bergerak walaupun tanpa kita sedar ketika waktu tidur, dan bahagian-bahagian otak kita juga aktif sepanjang masa. Jadi otak manusia hanya digunakan sebanyak 10% tu boleh dikatakan sebagai mitos. Tapi inilah fakta yang diuar-uarkan sebagai fakta saintifik satu ketika dahulu.

7. Kelawar Haiwan Yang Buta

Kelawar sebenarnya tak buta. Kelawar mempunyai penglihatan hitam dan putih. Seperti buta warna, sebab kelawar mempunyai receptor warna yang rendah. Tetapi mereka boleh melihat dengan baik dan pada waktu malam, penglihatan kelawar lebih tajam.

8. Lembu Jantan Tak Suka Warna Merah

Lembu jantan dan juga lembu-lembu lain sebenarnya separa buta warna, tetapi merupakan haiwan yang agak defensive sekiranya diserang dan menerima ancaman. Biasanya yang kita nampak matador yang kibar kain merah sampai lembu jantan ni menyerang, tu disebabkan oleh provokasi dari matador itu sendiri. Bukannya sebab lembu tu nampak kain merah. Tapi kenapa kain merah digunakan adalah sebab matador tu tak nak bagi orang ramai nampak kalau mereka tercedera sehingga berdarah.

9. Tiada Graviti Di Angkasa Lepas

Mungkin disebabkan segala objek yang ada di angkasa lepas dilihat terapung, jadi kita beranggapan bahawa tiada graviti di angkasa lepas. Fakta yang sebetulnya adalah di angkasa lepas terdapat graviti mikro, iaitu graviti yang mempunyai daya tarikan yang sangat rendah. Jadi ia kelihatan seolah-olah angkasawan terapung di space shuttle. Boleh dikatakan air tidak terpaung di angkasa, cuma jatuh ke bawah dengan sangat perlahan.

10. Kilat Tidak Memancar Pada Tempat Yang Sama Dua Kali

 

Pada tahun 2003, saintis mendapati bahawa kilat tidak hanya menyambar pada satu tempat. Kilat sering menyambar pada tempat yang sama sebanyak dua kali, atau sekurang-kurangnya pada jarak yang berdekatan. Mungkin bukan idea yang baik untuk berada hampir dengan tempat yang berkilat.

Baca juga:Asal Usul Kereta Pertama Malaysia Dan Dari Mana Datangnya Nama Proton Saga

Sumber daripada: Reader’s Digest

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement