Connect with us
Kool FM

Berita

Budak 7 Tahun Diculik, Dirogol Dan Dibunuh Untuk Upacara Ilmu Hitam

Tergamak bapa sauadaranya buat begitu..

Published

on

Seorang budak perempuan berusia 7 tahun telah diculik, dirogol & dibelah perut untuk dapatkan organ bagi tujuan upacara ilmu hitam bapa saudara. Budak perempuan tersebut telah dibunuh pada malam sambutan Deepavali dan ditemui mati di kawasan hutan di daerah Kanpur, Uttar Pradesh, India, pada Ahad lalu.

Bapa saudaranya mengupah dua orang lelaki untuk membuat kerja kotornya. Mangsa juga turut dirogol oleh dua suspek terbabit sebelum dibunuh.

Keluarga mangsa membuat laporan kehilangan mangsa kepada polis selepas gagal menemuinya walaupun sudah melakukan pencarian sehingga ke kawasan hutan berhampiran kediaman mereka.

Mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam di kawasan hutan ketika saksi yang secara kebetulan melalui kawasan itu pada Ahad lalu.

Menurut Asisten Superintendan Brajesh Srivastava, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi penemuan bersama dengan skuad anjing pengesan dan menemui beberapa barangan milik mangsa seperti selipar dan pakaian di sebatang pokok berhampiran. Bedah siasat pada mayat mangsa menunjukkan terdapat kesan trauma dan pendarahan teruk akibat kecederaan yang menjadi punca kematiannya.

Dua suspek telah ditahan iaitu Ankul Kuril, 20, dan Beeran, 31, dan mengaku telah mengambil organ mangsa dan menghantarnya ke bapa saudaranya, Parshuram Kuril untuk melakukan upacara ilmu hitam.

Berdasarkan siasatan, Kuril perlu menjamah hati kanak-kanak perempuan untuk merealisasikan impian dia dan isteri untuk memiliki anak. Kuril kemudiannya memujuk anak saudaranya, Ankul dan rakannya Beeran untuk menculik mangsa dan mendapatkan organ hatinya.

Kuril dan isterinya ditahan pada Isnin lalu. Dalam keterangan Ankul dan Beeran, mereka mengaku telah menculik mangsa sebaik saja gadis itu keluar dari rumahnya pada malam Sabtu untuk membeli mercun. Suspek diberi keropok kentang dan diajak pergi ke hutan sbelum tangannya diikat lalu dirogol oleh Ankul dan Beeran sebelum dicekik sehingga mati. Mereka kemudian membelah perut mangsa untuk mengeluarkan organ tersebut.

Kesemua suspek didakwa di bawah Kanun Keseksaan India dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak kerana melakukan kesalahan seksual.

 

Baca juga:

Lelaki Ditahan Rogol Budak 11 Tahun Sebelum Lari Bersama Budak 9 Tahun

Lari Rumah Gara-Gara 10 Bulan Dirogol Bapa Kandung

 

 

 

 

Sumber: TheReporter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement