Connect with us
Kool FM

Berita

9 Hari Warga Emas Hilang Di Hospital, Akhirnya Ditemui Mati

“Puas kami mencari merata tempat di dalam kawasan hospital dan di kawasan perumahan berhampiran kerana bimbang dia keluar namun gagal menemuinya.

Published

on

Agak misteri apabila seorang warga emas berusia 79 tahun dilaporkan hilang di sebuah Hospital. Tidak mungkin melarikan diri bersama keluarganya sedangkan keluarganya sendiri tidak tahu ke mana orang tua mereka berada selepas menghantar ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) akibat demam panas pada 27 Februari lalu.

Pencarian demi pencarian, akhirnya terbongkar apabila sekujur tubuh ditemui tersangkut pada paip di tingkat enam hospital Selayang pada malam tadi.

Menurut menantunya, Salhamzurie Hamzah, pada mulanya pihak HOAG mengesyaki bapa mentuanya terkena jangkitan denggi dan dipindahkan ke Hospital Selayang. Sehingga jam 3 pagi, mangsa didapati masih berada di wad kecemasan Hospital Selayang tapi mangsa harus dipindahkan ke tingkat 10 untuk menjalani ujian Covid-19.

L Angah yang hilang ketika menerima rawatan di Hospital Selayang sejak 1 Mac lalu ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 10 sebelum tersangkut pada paip di tingkat enam malam tadi. FOTO ihsan Sahamzurie Hamzah

Pada 1 Mac lalu selepas keputusan Covid-19 negatif, sepatutnya bapa mentuanya dipindahkan ke wad biasa namun mangsa didapati hilang pada tengah hari itu.

“Puas kami mencari merata tempat di dalam kawasan hospital dan di kawasan perumahan berhampiran kerana bimbang dia keluar namun gagal menemuinya.

Malah sepatutnya hari ini saya ingin ke Hospital Sungai Buloh kerana terfikir mungkin berlaku salah faham hingga bapa mentua dipindahkan ke sana namun tidak jadi apabila mayatnya ditemui malam tadi,” ceritanya ringkas.

Kini, keluarga mangsa masih belum boleh menuntut jenazah kerana menunggu keputusan ujian Covid-19.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Saya Tidak Malu..” Warga Emas 65 Tahun Antara Calon SPM 2020

Tiada Isu Perkauman, Polis Bantu Warga Emas Beli Keperluan Barang

 

 

 

Sumber: harianmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement