Connect with us
Kool FM

Berita

YouTuber Maut Ditikam Bertubi-Tubi Akibat Permainkan Hati Kekasihnya Sendiri

Akibat permainkan hati seorang wanita, YouTuber ini maut ditikam bertubi-bertubi…

Published

on

Dalam dunia ini sebenarnya tidak kira apa yang orang lain lakukan kepada kita, tidak seharusnya kita balas perbuatan mereka sehingga menjadikan ia satu kes jenayah. Bagaimanapun, emosi manusia juga kadang-kadang tidak boleh dikawal lantas bertindak di luar dugaan. Satu kejadian bunuh melibatkan seorang YouTuber popular di Sulawesi Selatan ini dikatakan berpunca daripada perasaan dendam.

YouTuber tersebut yang dikenali sebagai Ari Pratama dilaporkan maut dibunuh oleh seorang wanita. Menurut laporan media tempatan pula, pembunuhan tragis itu berlaku di Wisma Topaz di Panakkukang pada Jumaat lalu dilakukan oleh teman wanitanya sendiri dan motif pembunuhan adalah kerana dendam hatinya dipermainkan.

Hasil soal siasat oleh Ketua Perhubungan Awam Polis Panakkukang, Ahmad Halim, suspek yang dikenali sebagai Aisyah Alfika membuat pengakuan membunuh mangsa yang berusia 20 tahun selepas hatinya disakiti serta dipermainkan lelaki itu. Kata Ahmad, kedua-duanya dipercayai berkenalan menerusi Instagram sebelum bertemu beberapa kali.

Suspek Sudah Lama Merancang Pembunuhan

Menurut laporan, mereka berdua sudah menjalinkan hubungan cinta selama tujuh bulan menerusi perkenalan di Instagram. Tambahan lagi, setiap kali bertemu mereka akan mengadakan hubungan intim. Bagaimanapun, mangsa akhirnya memberitahu suspek bahawa dia tidak serius dalam perhubungan mereka.

“Setiap kali bertemu mereka mengadakan hubungan intim, tetapi mangsa akhirnya mengaku tidak serius menjalin hubungan dengan suspek,” kata Ahmad Halim.

Disebabkan sakit hati dipermainkan dan minta untuk diputuskan hubungan, suspek akhirnya menyimpan dendam dan merancang untuk membunuh YouTuber tersebut. Suspek dikatakan telah lama merancang pembunuhan tersebut dan beberapa kali juga rancangannya itu tergendala kerana mangsa enggan berjumpa dengannya. 

Selepas mangsa akhirnya bersetuju untuk berjumpa dengan suspek, maka sewaktu mangsa sedang lena tidur, suspek menikam dada mangsa berulang kali bagi melepaskan kemarahannya. Dalam pada itu, satu laporan mendakwa selepas ditikam, mangsa sempat pergi ke tingkat bawah untuk meminta bantuan kakitangan di kaunter hadapan.

Mangsa meminta pertolongan dari kakitangan dan mengatakan bahawa dia telah ditikam oleh seorang wanita di tingkat atas. Bagaimanapun, mangsa yang berlumuran darah meninggal dunia tidak lama kemudian sebelum sempat menerima rawatan. 

Baca juga artikel menarik lain:

Anak Kembar Mula Mengaji, Sheikh Muszaphar Mahu Anak Khatam Seawal Umur 6 Tahun

“MK Pun Keluar 3 Hari Guys” – Kini Giliran MK K-Clique Ikut Jemaah, Dekatkan Diri Tuntut Ilmu Agama

Sumber daripada: Harian Metro & News Detik

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement