Connect with us
Kool FM

Berita

Wanita Sepak Terajang Suaminya Depan Anak Dikecam Netizen

Amboi.. ganasnya!

Published

on

Selalu kita dengar suami pukul isteri atau suami melakukan keganasan rumah tangga kepada isterinya. Kisah kali ini mungkin buat anda hairan apakah penyebab perkara ini berlaku. Baru-baru ini viral di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita mengasari suaminya sendiri. Justeru itu, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Video tersebut telah mendapat lebih 12 juta tontonan itu mungkin warganegara Filipina kerana tutur percakapan mereka namun lokasi dan masa kejadian masih belum dikenalpasti. Jika dilihat, dalam video tersebutwanita itu sanggup memijak-mijak kepala suaminya yang ketika itu sedang memegang anak kecil mereka. Rata-rata netizen risau akan keselamatan anak kecil itu dengan tindakan ibu bapanya.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Anne Maravilla, pada 22 November lalu. Buat masa ini, masing-masing masih tertanya-tanya di ruangan komen apa punca pertengkaran pasangan itu sehingga melibatkan kekerasan sebegitu.

Selain itu, ada sesetengah netizen mengecam tindakan wanita itu, tetapi ada juga yang percaya mungkin wanita itu mengalami tekanan teruk sehingga tergamak bertindak sedemikian. Ada juga yang beranggapan mungkin suaminya telah melakukan sesuatu yang telah mengakibatkan tindakan wanita itu dan menggunakan anaknya untuk pertahankan dirinya.

Namun, ada juga yang komen dan puji tindakan suaminya yang walaupun kepala dipijak-pijak, si suami langsung tidak membalas sedikit pun perbuatan isterinya. Sebaliknya dia hanya menahan diri apabila diperlakukan sebegitu oleh isterinya.

Sobra na!!!

Posted by Anne Maravilla on Saturday, 21 November 2020

 

Selain itu, netizen turut mempertikaikan tindakan si perakam yang tidak mengambil sebarang usaha untuk menghalang isteri lelaki itu dari terus bertindak menyerang suaminya. Mungkin wanita tersebut merakam untuk dijadikan bahan bukti.. kita bersangka baik sajalah ya.

Apapun, suami isteri seharusnya berkasih sayang antara satu sama lain dan jika ada salah faham haruslah diselesaikan dengan cara yang betul tanpa melibatkan anak-anak kerana mungkin tindakan kita itu memberi kesan trauma kepada mereka di masa hadapan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perangai Kedekut Antara Penyebab Rumah Tangga Musnah

“Tulis tajuk bawa pincang keluarga saya” – Syamsul Yusof ingin saman akaun YouTube tabur fitnah rumah tangganya

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Anne Maravilla

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement