Berita
Wanita Disimbah Asid Gara-Gara Tak Mahu Dirogol Rakan Suami
Suami jenis apa ini?
Akibat kalah judi, lelaki ini tergamak menggadai maruah isteri kepada rakan-rakannya. Lelaki tersebut telah menyimbah cecair asid pada isterinya hanya kerana si isteri enggan membenarkan rakan-rakan suami merogolnya selepas suspek kalah dalam pertaruhan judi di India.
Suspek menghantar isterinya yang berusia 30 tahun itu kepada rakan-rakannya untuk dirogol di timur laut Bihar, dalam beberapa kejadian yang berasingan sejak Oktober. Setelah mangsa menolak, suspek dipercayai mengurung dan membelasahnya sebelum dilempar dengan asid.
Suspek yang bernama Hassaganj juga seorang kaki botol kini telah ditahan polis atas pertuduhan menyerang menggunakan asid, rogol, keganasan rumah tangga dan mengurung mangsa.
Menurut laporan Daily Mail, pegawai polis Muzahidpur, Rajesh Kumar Jha berkata pasangan suami isteri itu sudah 10 tahun berkahwin. Lelaki itu berjudi dan tewas dalam pertaruhan pada hujung bulan Oktober. Selepas itu, dia menghantar isterinya kepada kaki judi yang lain untuk dirogol, tanpa kerelaan mangsa.
Dalam laporan juga menyatakan bahawa mangsa sebelum ini telah dirogol sekumpulan lelaki pada 28 Oktober. Suami dan beberapa suspek yang lain tidak didedahkan nama mereka bagi melindungi identiti mangsa.
Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri dan terus melarikan diri ke rumah ibu bapanya di kampung lain. Aktivis sosial, Deepak Singh kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Mangsa juga mendedahkan, dia kerap didera suaminya kerana dia tidak mampu memberikan zuriat.
Mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Walapun kejadian ini berlaku di luar negara, namun keganasan rumah tangga adalah satu perkara yang perlu ddipandang serius. Jika anda dapati ada antara ahli keluarga, rakan atau jiran anda menghadapi situasi ini, berilah bantuan yang mereka perlukan.
Baca juga artikel menarik yang lain:
Kerana 8 Ribu, Suami Isteri Ini Dipukul
elefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial
Sumber: Daily Mail