Connect with us
Kool FM

Berita

Wanita Bunuh Teman Lelaki Untuk Berkahwin Dengan Bapa Kandung!

Apa kes lah ni hubungan sumbang mahram…

Published

on

Satu peristiwa yang agak gila apabila seorang wanita sanggup bersubahat membunuh teman lelakinya hanya untuk membenarkan bapa kandungnya mengahwininya. Menurut laporan, kejadian bunuh tersebut disebabkan bapa kandung wanita tersebut yang berasa cemburu dengan teman lelakinya selepas mendapat tahu mereka bakal berkahwin. Pembunuhan itu dilakukan sendiri oleh bapa kandungnya.

Tindakan kejam Amanda McClure, 31 tahun, menemui pengakhiran apabila dia dihukum penjara selama 40 tahun selepas mengaku bersalah atas perbuatannya itu. Dia dijangka menghabiskan sekurang-kurangnya separuh daripada hayatnya di dalam penjara.

Amandan dituduh membunuh teman lelakinya, John McGuire, 38 tahun, di Minnesota pada Februari 2019. Menurut Amanda, sebab kenapa teman lelakinya dibunuh adalah kerana mereka berdua sedang bercinta dan bapa kandungnya tidak mahu melihat sesiapa pun dekat atau menjalinkan hubungan dengannya. 

Bapanya,  Larry McClure Sr, 55 tahun, sudah pun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Ogos lalu atas kesalahan membunuh lelaki itu. Menurut laporan, Amanda terlibat sama dalam pembunuhan tersebut dan membantu bapanya. Namun, sebelum John benar-benar dibunuh, dia dikatakan telah diseksa selama tiga hari di rumah mereka. Seksaan yang diterima oleh John juga tidak berperikemanusiaan.

Gali Keluar Mayat Dan Cincang!

Selepas mereka melakukan pembunuhan tersebut, dikatakan kedua-duanya melakukan hubungan intim lalu merentas negeri untuk berkahwin. Menurut laporan, dua beranak itu sudah berkahwin di sebuah gereja namun si bapa menggunakan nama lelaki lain dalam dokumen perkahwinan mereka.

Tambahan lagi, Amanda juga mengaku dia menggali keluar mayat bekas kekasihnya itu selepas enam hari dari tarikh pembunuhan dan mencincang mayat tersebut serta meletakkan cecair berasid untuk mempercepatkan proses pereputan. Kerja gila!

Dalam pada itu, menerusi satu keterangan di mahkamah menerusi sidang video, Amanda mengatakan peristiwa tersebut telah mengecewakan keluarga John dan juga keluarganya. Dia juga mengatakan John seorang lelaki yang baik dan berharap dapat bersamanya semula.

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement