Berita
Walau Maaf Dipohon, Pelanggan Masih Marah Dengan Barangan Rosak Yang Diterima
Permohonan maaf telah diberi dengan memuatnaik video berdurasi 57 saat melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak, namun apakah nasib kepada barangan yang telah dirosakan tersebut?
Agak seram apabila melihat video berdurasi 15 saat yang tular menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran. Lebih menyedihkan barangan tersebut dibaling oleh pekerja tanpa rasa bersalah.
Video tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang marah, ada yang terkejut dan rata-rata pelanggan kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana risau barangan dalam bungkusan rosak.
Permohonan maaf telah diberi dengan memuatnaik video berdurasi 57 saat melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak, namun apakah nasib kepada barangan yang telah dirosakan tersebut?
Posted by J&T Express – Malaysia on Sunday, February 7, 2021
“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.
“Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya.
Adakah barangan rosak akan terus dihantar kepada pelanggan tanpa sebarang ganti rugi kerosakkan diberi? Hm, nampaknya ianya tetap dihantar dan ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan berkongsikan gambar barangan mereka yang telah rosak.
Perkongsian beberapa gambar parcel diterima pelanggan baru-baru ini sungguh mengejutkan! Barang yang diterima mengalami kerosakkan teruk malah ada yang tidak boleh digunakan langsung.
Moga ada jalan terbaik boleh dilakukan pihak syarikat kurier kepada pelanggan yang menerima barangan rosak ini. Siapa tak sedih dan marah jika kerugian yang dialami begini sekali kan?
Baca juga:
Isu Pekerja Lempar Barang, Pihak J& T Mohon Maaf
Sumber: Facebook