Connect with us
Kool FM

Berita

Viral! Wanita Bersiap Pakai Baju Cantik Dan Makeup Hanya Untuk Buang Sampah

Gigih betul dia nak bersiap!

Published

on

Amboi kak, kemain ya! Esok bakal mula PKP semula untuk 6 buah negeri, mungkin untuk mereka yang terlibat boleh cuba cara ini untuk hiburan sepanjang dua minggu. #sisgurau Berbalik kepada tajuk di atas, ya wanita ini bersiap pakai baju cantik-cantik hanya untuk buang sampah depan rumah! Kerja gila tapi kegigihannya untuk bersiap itu sangat mengagumkan!

Wanita yang berasal dari Essex England ini mempunyai satu rutin luar biasa telah mendapat liputan media luar dan kisahnya mula tular di England. Wanita bernama Nicola Matthews berusia 49 tahun nampak sangat cantik dengan busana mewah yang digayakan bersebelahan tong sampah!

Menurut laporan, Nicola juga difahamkan akan ‘bersiap’ dan berdandan terlebih dahulu seolah-olah dia akan menghadiri satu majlis besar. Nicola yang juga seorang mekaup artis ini hanya akan berjalan beberapa tapak dari rumahnya untuk membuang sampah. Salute sis!

Nicola berkata dia berbuat demikian kerana berasa bosan menjalani perintah berkurung dan lakukan ia untuk dijadikan hiburan untuk menceriakan penduduk setempat. Seronok juga kalau satu taman buat aktiviti buang sampah berpakaian cantik dan bergambar dari jauh betul tak?

"It was so funny dressing up and going out to push my wheelie bin," the 49-year-old said of the four-month stunt. (SWNS.)

Difahamkan Nicola mula mendapat inspirasi selepas terlihat foto hos program Britain’s Got Talent, Amanda Holden yang mengenakan gaun semasa berada di dalam rumah dan mengambil keputusan untuk lakukan perkara yang sama. Perbuatannya itu buatkan dirinya rasa seronok dan puas berpakaian cantik walaupun hanya untuk membuang sampah di depan rumah sahaja.

Bermula dengan gurauan kini ia telah menjadi satu rutin buat Nicola. Dia sendiri tidak menyangkakan gurauannya itu akhirnya menjadi satu rutin untuknya pada setiap hari Rabu dan aktiviti ini juga sudah berterusan selama 20 minggu. Tambahnya, setiap kali dia mahu membuang sampah, dia akan meminta tolong jirannya untuk mengambil gambarnya bersama-sama sampah yang mahu dibuang itu.

 

 

Baca juga:

Budaya² Makan Pelik Yang Wujud Di Dunia

Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya

 

 

 

 

Sumber: Foxnews

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement