Connect with us
Kool FM

Berita

“Tiada Ubat, Tiada Doktor Pantau Baik Dikuarantin Di Rumah..”- Rungutan Pesakit COVID-19

“Layanan di sini bukan seperti mana yang kita bayangkan..”

Published

on

Pertambahan jumlah kes positif sejak semalam menunjukkan negara kian tenat dalam menangani pandemik yang seakan tiada kesudahan. Angka tertinggi sekali lagi dicatatkan pada 6 Januari 2021 dengan jumlah kes baru sebanyak 2,593 kes.

Kadang-kala penulis sendiri terfikir, dengan jumlah sebegitu banyak bagaimanakah situasi pesakit di hospital terlibat. Ternyata apa yang dibayangkan seakan benar kerana, rungutan ini dikongsikan sendiri oleh pesakit warga tempatan  yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pesakit tersebut merayu supaya proses perpindahan mereka ke Pusat Latihan Zakat (Pulaza) di Jalan Pantai Acheh dipercepatkan.

Foto: Utusan

Bercampur dengan warga asing

Ini berikutan rata-rata mereka tidak sanggup lagi berdepan dengan kesesakan dan terpaksa berebut makanan, ruang solat serta bilik mandi dengan ratusan pesakit warga asing yang turut menjalani kuarantin di situ.

Mereka juga tidak dapat lagi bersabar untuk berpindah selepas menunggu dari awal pagi ini yang dimaklumkan sebelum ini. Seorang pesakit warga tempatan yang enggan dikenali berkata, keadaan di PKRC amat mengecewakan selain tiada pemantauan oleh pihak berkaitan.

Layanan di sini bukan seperti mana yang kita bayangkan. Tiada ubat, tiada doktor pantau. Hanya berehat di atas katil di tempat yang tidak bersih. Lebih baik dikuarantin di rumah sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pesakit turut meminta pihak bertanggungjawab mempercepatkan proses perpindahan dan pengasingan dengan warga asing di pusat kuarantin tersebut.

Saya rasa sangat kecewa kerana selama ini saya hanya tonton di kaca televisyen. Saya ingatkan ada penjarakan antara pesakit, tetapi kami dihimpunkan macam pelarian, sangat jauh berbeza dengan tanggapan saya sebelum ini,” keluhnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd. Tuah Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan kemungkinan proses perpindahan pesakit akan dijalankan dalam masa terdekat berikutan kerja-kerja pendawaian elektrik dan persiapan katil pesakit sedang dilakukan di Pulaza.

Tiada siapa ingin dijangkiti, untuk itu lakukan tanggungjawab anda. Patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan bersamalah kita berjuang demi menamatkan pandemik membunuh ini.

 

 

Baca juga:

Lufya Buka Mulut Pengunjung Bercuti Ke Langkawi Tak Ikut SOP, Terlalu Ramai!

Hakikatnya Masih Ada Bawa Bayi Keluar ke Shopping Mall, Rakyat Masih Leka!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement