Connect with us
Kool FM

Berita

“Tiada Apa Yang Perlu Disembunyikan..”-Datuk Sheila Majid Akan Beri Kenyataan Selepas Siasatan SPRM

Semoga semuanya cepat selesai..

Published

on

Jika sebelum ini ramai selebriti telah bekerjsama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kini giliran Datuk Sheila Majid pula. Kontroversi ini timbul sejak seminggu yang lalu apabila Datuk Sheila Majid didesak meletakkan jawatan pengerusi RPM kerana didakwa gagal menyelesaikan isu agihan royalti kepada ahli-ahlinya.

Menurut Sheila, dia lebih selesa mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM yang telah bermula beberapa hari lalu. Dia menyatakan telah memberi kerjsama penuh kepada SPRM dan tiada apa yang disembunyikan kerana segala maklumat serta dokumen berkaitan telah diserahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheila Majid (@sheilamajidofficial)

“Sekarang, saya hanya menunggu tindakan lanjut mereka (SPRM). Hanya selepas siasatan selesai, barulah saya bersedia mengulas segala kemelut yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez telah mendakwa Sheila gagal menjalankan tugasnya dalam mengagihkan royalti ahli RPM dan ia makin menlonjak diperkatakan ramai selepas SPRM campur tangan menyiasat empat badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan RPM.

Operasi tersebut dilaksanakan berdasarkan laporan dikemukakan oleh Freddie yang juga Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu. Menurut Freddie, dia tidak teragak-agak untuk meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantunya sekiranya Sheila enggan melepaskan jawatan.

 

Baca juga:

Cap palsu: SPRM buru Hon Loong dan Hun Siang

Isu Lolos Dari Bangunan SPRM, Lelaki Ini Bongkar Taktik Macau Scam!

 

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement