Connect with us
Kool FM

Berita

Tersalah Sasaran, Isteri Nak Racuni Suami Tapi Ibu Mertua Jadi Mangsa

Difahamkan Dewi menggunakan racun biawak yang dicampurkan ke hidangan lauk pindang yang disediakan oleh Dewi untuk suaminya.

Published

on

Akibat tersalah sasaran, wanita ini terbunuh ibu mertuanya. Kejadian yang berlaku di Indonesia ini telah mendapat perhatian ramai kerana kesilapan wanita yang bernama Dewi Asrama telah mengakibatkan bukan sahaja ibu mertuanya malah tiga ekor kucingnya juga telah menjadi mangsa. Difahamkan Dewi menggunakan racun biawak yang dicampurkan ke hidangan lauk pindang yang disediakan oleh Dewi untuk suaminya.

Pada mulanya makanan beracun itu seharusnya disantap oleh suami Dewi tetapi ia telah dimakan oleh mertuanya. Dewi mahu meracun suaminya adalah kerana dia kesal masih tidak menerima mahar yang dijanjikan oleh suaminya ketika awal perkahwinan mereka dahulu.

Akibat rasa sakit hati yang tidak dapat dikawal lagi,Dewi mengambil keputusan untuk masak hidangan racun tersebut untuk di makan oleh suaminya pada waktu tengah hari kejadian. Laporan turut menjelaskan bahawa Dewi telah mengaku perbuatan dan kesalahan yang dilakukannya namun tiada rasa bersalah pada wajah Dewi semasa dia ditangkap.

Dewi jelaskan dia sudah penat menunggu janji manis suaminya itu dan geram apabila suaminya asyik berbohong bila ditanya tentang maharnya. Dewi bertambah sakit hati apabila suaminya tidak pernah memberi wang perbelanjaan harian untuk membeli barang keperluannya oleh itu racun biawak menjadi pilihan Dewi untuk tamatkan kesengsaraannya.

Pihak polis Indonesia jelaskan bahawa ketika Dewi lakukan kesalahan itu dia waras dan tidak dibawah apa-apa pengaruh ubat. Benar kata orang, perasaan marah dalam diri kadang-kadang boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara yang diluar pemikiran dan ia juga mampu menyababkan seseorang itu hilang pertimbangan diri.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Guilia Tofana – Kisah Wanita Yang Meracuni 600 Lelaki

Ibu Muda Bunuh Diri Dan Dua Anaknya Kerana Tidak Bersetuju Hasrat Suami Nak Jual Rumah…

 

 

 

Sumber: Tribunnews

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement