Connect with us
Kool FM

Berita

Tergamak Buang Ibu Tepi jalan, Anak Tetap Berkeras Tidak Mahu Jaga Selepas Hadir Ke Balai Polis

Tergamak si anak buang ibunya sendiri di tepi jalan, kemudian tetap berkeras tak nak jaga walaupun sudah dipanggil oleh pihak polis…

Published

on

Hati siapa yang tak sedih apabila melihat seorang ibu dibiarkan seorang diri di tepi jalan oleh anak kandungannya sendiri. Apabila anak-anak sudah dewasa, sudah menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjaga ibu bapa kita yang sudah menginjak keuzuran. Namun, itulah resam kehidupan apabila masih ada segelintir anak-anak yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap kebajikan orang tua mereka.

Insiden terbaharu yang berlaku ini melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang kudung sebelah kaki ditemui bersendirian dengan kerusi roda, dipercayai ditinggalkan anggota keluarganya di tepi jalan di Jalan Kebun, Shah Alam malam tadi. Wanita tersebut ditinggalkan bersama lampin pakai buang serta sebuah beg pakaian. 

Menerusi kenyataan di lama Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS), pihaknya pada awalnya menerima maklumat berhubung perkara itu daripada orang awam. Sebaik menerima maklumat, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor dan Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bergegas ke lokasi jam 8.30 malam bagi menyantuni wanita tersebut.

“Hasil siasatan, wanita itu adalah asnaf fakir dan masih mempunyai keluarga. Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan, namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan,” kata pihak LKS dalam kenyataan di Facebook.

Disebabkan tidak mendapat respon yang baik dari ahli keluarga, dan wanita tersebut juga seperti tidak mempunyai ingatan yang baik, pihak LZS pun terus serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Anak Hadir Ke Balai Polis, Tapi Tetap Tak Nak Jaga Ibunya…

Apabila pihak polis berjaya memujuk si anak untuk hadir ke balai polis, pihak yang terlibat jangka semuanya akan selesai. Bagaimanapun, sekitar jam 3 pagi, si anak membuat keputusan untuk tidak menjaga ibunya lagi. Pihak polis kemudian menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa wanita tersebut ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan COVID-19.

Luluh hati dengan keputusan si anak, namun mungkin ada kisah yang tersembunyi yang kita sendiri tak tahu pucuk pangkalnya. Wanita itu bagaimanapun tetap menitiokan kata-kata yang baik buat anaknya. Semoga ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku kepada wanita tersebut serta keluarganya.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Oii Sumbang!” – Sharifah Shahirah ‘Sabotaj’ Kerjaya Seni Anak Buat Ramai Terhibur

Lepas Suntik Vaksin Dah Tak Perlu Ikut SOP? Ini Penjelasan Khairy Jamaluddin

 

 

 

 

Sumber berita: Berita Harian & Facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement