Connect with us
Kool FM

Berita

Taktik Baru! Ah Long ‘Hantar’ FoodPanda Sebagai Peringatan Kepada Peminjam

Disebabkan sekatan pergerakan akibat wabak Covid-19 yang telah dijalankan di Singapura, Ah Long disana telah menemui jalan baharu untuk ‘menghantui’ orang yang meminjam dengan mereka.

Published

on

Loan shark atau dalam bahasa pasarnya ‘Ah Long’ iaitu pemberi pinjam yang tidak berlesen masih aktif bergiat di bawah radar dan ramai juga masyarakat terlibat dalam jenayah ini. Ia sememangnya indah khabar dari rupa apabila ketika mahu meminjam, pelbagai kata-kata manis ditaburkan namun selepas itu hidup si peminjam mungkin akan sentiasa dihantui oleh bayangnya mereka lebih lagi apabila tarikh pemulangan sudah hampir tiba.

Kalau di Malaysia, kebiasaannya jika ada yang membuat pinjaman dengan Ah Long dan tidak melunaskan hutang yang tertunggak mereka akan menerima amaran seperti rumah di simbah cat merah atau ayam yang sudah disembelih tergantung di pagar rumah. Namun, lain pula amaran yang diberikan oleh Ah Long di Singapura apabila Ah Long di sana gunakan FoodPanda!

Hujung minggu lalu tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook telah berkongsikan beberapa keping  gambar penghantar makanan FoodPanda yang berkumpul di luar sebuah unit pangsapuri di Bedok, Singapura. Jelas dapat dilihat pada gambar yang dikongsikan, beberapa orang polis sedang bercakap dengan rider FoodPanda.

Just another foodpanda prank orders again? They all waited outside, owner at home but unaware of the orders made? 0$P$!! Haiya #foodpandasg Foodpanda Riders Singapore

Posted by Afzai Nizan on Saturday, 6 March 2021

Menurut perkongsian tersebut, seramai 10 orang abang penghantar makanan FoodPanda menunggu di luar rumah sambil memegang makanan yang dipesan namun ia tidak dituntut oleh pemilik rumah tersebut. Mereka beranggapan bahawa kemungkinan besar, tuan rumah tidak menyedari pesanan yang dibuat.

Tambah laporan, polis Singapura telah mengesahkan bahawa kejadian itu adalah kes gangguan yang disengajakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Siasatan yang dijalankan telah menyebabkan mereka percaya bahawa pesanan itu sebenarnya telah dibuat oleh Ah Long.

Disebabkan sekatan pergerakan akibat wabak Covid-19 yang telah dijalankan di Singapura, Ah Long disana telah menemui jalan baharu untuk ‘menghantui’ orang yang meminjam dengan mereka. Meninjau ke ruangan komen perkongsian tersebut, ada warganet menjelaskan bahawa kejadian ini bukan kali pertama berlaku di Singapura yang menggunakan penghantar makanan untuk mengganggu penghutang dan ia di panggil doxing.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ah long ugut bakar rumah

Dua Ah Long dicekup ketika tampal poster

 

 

Sumber: Facebook Afzai Nizan

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement