Connect with us

Berita

Tak Habis-Habis, Sajat Kini Diburu Polis Bagi Membantu Siasatan Tentang Penukaran Kad Pengenalan

Sajat kini sedang diburu polis berikutan kes penukaran maklumat di kad pengenalannya.ย 

Published

on

Antara semua usahawan kosmetik yang berada di Malaysia, nama Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman tidak lekang daripada menjadi buah mulut rakyat tempatan. Hal ini kerana banyak isu dan kontroversi berkenaan dirinya sering timbul dan dianggap sebagai tiada penyudah. Sajat kini sedang diburu polis berikutan kes penukaran maklumat di kad pengenalannya.

Baca juga:ย Hebat, Netizen Berjaya “Bongkarkan” Tempat Rahsia Nur Sajat Yang Kini Berada Di Villa Mewah Thailand?

Sebelum ini, waran tangkap pernah dikeluarkan oleh pihak berkuasa, namun Sajat telah hilang dan ura-ura mengatakan bahawa dia bersembunyi di Thailand untuk mengelakkan diri daripada ditangkap. Sidang akhbar melaporkan Sajat diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan apabila gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurut kenyataan daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, Sajat dikehendaki hadir ke prosiding perbicaraan mengenai kes penipuan maklumat yang terdapat di kad pengenalannya pada 14 Julai ini di Mahkamah Ampang Jaya.

Menurut siasatan, Sajat jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tempoh 10 tahun berserta sebatan dan denda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu atau pemalsuan maklumat.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit. Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa untuk menyalurkannya pada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Baca juga:ย Safiey Ilyas Ditahan Reman 3 Hari, Sempat “Catwalk” Dalam Perjalanan Ke Bilik Mahkamah

Sumber:ย Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement