Connect with us
Kool FM

Berita

Tak Dapat Buat Konsert, Coldplay Taja ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia

Tak dapat buat konsert pun tak apalah, janji Coldplay dapat taja projek membersihkan sungai di Malaysia…

Published

on

Rasanya dah lama peminat muzik tanah air tidak menonton persembahan konsert bagi mana-mana kumpulan muzik. Memang rindu rasanya. Namun bagi peminat kugiran Coldplay yang kempunan nak menonton persembahan mereka di Kuala Lumpur, kali ini mereka ada kiriman istimewa buat kita di sini. Projek terkini kumpulan muzik popular dari Britain itu bakal menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertamanya.

Wah ada projek untuk buat persembahan ke? Malangnya tidak, namun projek tersebut adalah lebih baik daripada mengadakan konsert kerana bakal memberi manfaat kepada alam sekitar kita. Kugiran yang terkenal dengan lagu “Fix You” dan “Paradise” itu baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, iaitu The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Berita baik buat Malaysia adalah kerana Coldplay akan menaja mesin memerangkap sampah sungai yang digelar “Interceptor 005” yang bakal digunakan di Malaysia. Tidak hairan bagi Coldplay untuk melakukan perkara tersebut kerana mereka merupakan pendukung kuat inisiatif hijau dunia. 

“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting,” kata mereka dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut kugiran itu lagi, mereka sangat berbangga dapat menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan. Ia merupakan “Interceptor” kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu.

Sementara itu, menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005. Wah memang beruntung betul kita menjadi penerima pertama bagi projek terbaharu ini. Bagaimanapun, sejak tahun 2019, The Ocean Cleanup telah menjalankan inisiatif Interceptor ini untuk saluran air tercemar di pelbagai negara termasuk Indonesia, Republik Dominica, Vietnam, Amerika Syarikat, Jamaica dan Thailand.

Buat masa ini, Interceptor 005 sedang dibina di kemudahan MHE-Demag di Klang dengan kerjasama firma Finland, Konecranes. Jadi lepas ni kalau siapa-siapa yang nampak “Interceptor 005” lalu di sungai, bolehlah ambil gambar, muat naik di media sosial dan tag Coldplay.

Baca juga artikel menarik lain:

Buat Kejutan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut

“Teringat Zaman Sekolah Dulu” – Elite Kembali Bergabung Selepas 20 Tahun, Peminat Turut Teruja!

Sumber daripada: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement