Connect with us
Kool FM

Berita

Sukar Kesan DNA, Perogol Bersiri Ini Akhirnya Ditangkap Dan Dihukum Penjara Selama 897 Tahun

Meringkuklah dalam penjara tu!

Published

on

Lelaki yang diberi gelaran ‘NorCal Rapist’ merupakan seorang perogol bersiri yang pernah menggemparkan California Utara kira-kira 15 tahun lalu. Dia didakwa melakukan jenayah rogol terhadap sembilan orang wanita di rumah mereka, dan jenayahnya dilakukan antara tahun 1996 hingga 2006.

Bagaimanapun, Roy Charles Waller, 60 tahun, baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama 897 tahun selepas pihak berkuasa menemukan bukti DNA yang boleh mengaitkannya atas jenayah yang dilakukan. Dia disabitkan atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk penculikan, pemerkosaan, seks oral dan liwat.

Menurut laporan, hakim mensabitkannya atas 46 tuduhan dalam satu siri serangan antara tahun 1991 dan 2006 terhadap sembilan wanita, yang semuanya menuntut  keadilan selepas  puluhan tahun. Waller juga dilaporkan menyerang wanita di enam daerah di California Utara.

Tidak Menunjukkan Sebarang Reaksi Selepas Dijatuhkan Hukuman

Waller dikatakan tidak menunjukkan sebarang emosi semasa pertuduhan dibacakan dan selepas dia dijatuhkan hukum. Sejak tahun 2006, polis mempunyai bukti DNA yang boleh mengaitkan suspek yang sama terhadap enam kes. Bagaimanapun, pada ketika itu pihak berkuasa tidak dapat menentukan Waller adalah suspeknya kerana DNA penjenayah itu tidak ada dalam pangkalan data pesalah jenayah negeri berkenaan.

Menurut polis yang menjalankan siasatan pula, cara Waller melakukan jenayahnya adalah dengan masuk ke dalam rumah mangsa, mengikat mangsanya dan berulang kali menyerang mereka secara seksual. Ada juga ketika Waller menculik mangsanya dan memaksa mereka mengeluarkan duit dari ATM serta mencuri barangan peribadi mereka.

Ambil Masa Lama Kesan DNA ‘NorCal Rapist’

Selepas bertahun menjalankan siasatan, akhirnya segala persoalan terjawab pada September 2018 apabila bukti biologi ditemukan di tempat kejadian  selepas seorang wanita yang diserang secara seksual digunakan untuk mencari profil DNA Waller. Dengan menggunakan penyiasatan genetik geologi (IGG) yang canggih, pihak berkuasa berjaya mengesan senarai saudara-mara pelaku sekaligus mengenal pasti Waller sebagai suspek.

Jenayah yang dilakukan oleh Waller dikatakan begitu teruk sehingga membuatkan mangsa trauma seumur hidup akibat penyeksaan yang dilakukannya selama berjam-jam terhadap mangsa. Nampaknya ‘NorCal Rapist’ akan meringkuk dalam penjara sepanjang hayatnya.

Baca juga artikel menarik lain:

Perogol Paling Kejam Di Korea Selatan Kini Sudah Bebas!

Nenek Berusia 100 Tahun Mati Terkejut Ketika Cuba Dirogol! Si Pelaku Dihukum Penjara Seumur Hidup

Sumber daripada: Utusan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement