Connect with us
Kool FM

Berita

Sudah Bagi Amaran Jangan Kahwin, Isteri Bertindak Serang Majlis Kahwin Suami

Si isteri tahu tentang hubungan sulit suaminya yang merupakan seorang anggota polis sejak setahun lalu namun tidak menyangka suaminya akan berkahwin dengan perempuan simpanannya itu.

Published

on

Tidak semua wanita mahu berkongsi kasih suaminya bersama wanita lain. Berpoligami adalah satu situasi yang mungkin segelintir pasangan sahaja yang mampu bersikap adil dan bahagia hidup bersama lebih lagi dengan pelbagai cabaran yang bakal ditempuh. Kalau anda nak berpoligami pastikan isteri sudah dimaklumkan terlebih dahulu kerana takut ada yang merasai pengalaman yang sama seperti seorang suami di Bangkok baru-baru ini.

Tindakan seorang wanita bernama Nipapan Peuchpen menyerbu majlis perkahwinan suaminya di Chat Nai, Muang, Kanchanaburi telah mendapat perhatian orang ramai apabila dia memberikan kegigihan yang tinggi untuk membuktikan bahawa dia dan suaminya masih belum bercerai.

Menurut laporan tempatan, Nipapan sudah lama tahu tentang hubungan sulit suaminya yang merupakan seorang anggota polis sejak setahun lalu namun tidak menyangka suaminya akan berkahwin dengan perempuan simpanannya itu. Ketika kejadian, ibu Nipapan yang turut hadir menemani Nipapan bersama dua anaknya telah menolak dan menampar wajah suaminya yang sedang menerima restu sami.

Difahamkan, sebelum majlis perkahwinan suaminya bersama isteri baru itu, si suami masih tinggal di rumah bersama-sama dan memberitahu dia akan bekerja pada waktu malam. Nipapan bagaimanapun berasa tidak sedap hati dan telah memberi amaran kepada suaminya agak jangan berkahwin.

Tambah laporan, Nipapan sempat memuat naik video di laman Facebook miliknya beberapa jam selepas pulang dari majlis perkahwinan baru suaminya itu. Menerusi rakaman video, jelas kedengaran suaminya berkata: “Tinggalkan majlis ini. Awak bukan tetamu rumah ini. Tolong pergi.” Terdahulu, Nipapan dan suaminya telah dikurniakan dua orang anak berusia 15 tahun dan 5 tahun.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Suami Pukul Isteri Hingga Mati Depan Tetamu!

Serang isteri enggan rujuk

 

Sumber: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement