Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Suami Pukul Isteri Hingga Mati Depan Tetamu!

Kejam betul!

Published

on

Kejadian pukul sehingga mengakibatkan kematian sudah cukup teruk untuk dilakukan oleh mana-mana individu, tetapi apa yang lebih teruk jika ia dilakukan di hadapan orang ramai. Itulah nasib malang yang terjadi kepada seorang wanita di wilayah Novosibirsk, Rusia apabila dia disahkan meninggal dunia selepas teruk dipukul suaminya. 

Tragedi itu berlaku di depan mata tetamu mereka semasa meraikan majlis resepsi mereka di sebuah kediaman peribadi. Menurut laporan, insiden bermula apabila suspek, Stepan Dolgikh, 33, dikatakan tidak tahan melihat kelakuan isterinya, Oksana Poludentseva, 36, yang bersikap kurang sopan. Wanita terbabit dikatakan melayan dengan kasar seorang tetamu lelaki yang dipercayai mabuk.

Selepas suaminya itu melihat perlakuan isterinya, dia dikatakan memukul kepala isterinya berulang kali. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit mula menumbuk dan menendang mangsa ketika di luar rumah berkenaan. Namun, keganasan tidak terhenti apabila mangsa terus diserang ketika mereka kembali berada di dalam rumah, dan tragedi ini disaksikan oleh tetamu yang hadir. Kenapalah kejam sangat!

Selepas puas melepaskan amarahnya, lelaki itu melihat isterinya sudah tidak bernyawa. Tanpa rasa bersalah dan kesal, lelaki kejam itu segera membawa mayat isterinya ke kawasan gaung berdekatan rumah dan membuangnya di situ. 

Menurut laporan, kejadian itu disedari oleh tetamu tetapi mereka tidak berani untuk berbuat apa-apa. Bagaimanapun, mujur ada juga tetamu yang memberanikan diri untuk menghubungi polis. Dolgikh kini ditahan polis untuk siasatan lanjut. Dia juga dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau kerana membunuh. Memang tak patut betul apa yang dia lakukan terhadap isterinya itu, lagi-lagi di hadapan tetamu.

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement