Connect with us
Kool FM

Berita

[VIDEO] Suami Orang Curang Di TikTok Kena ‘Sound’ Dengan Warganet

Ia telah mendapat perhatian warganet apabila tindakan seorang lelaki dipercayai berstatus suami yang menunjukkan dia sedang curang menerusi aplikasi TikTok seperti sengaja menyebarkan aibnya sendiri.

Published

on

Curang adalah satu situasi di mana ada orang ketiga dalam satu hubungan dan tindakan tersebut dilakukan secara sengaja dan ia adalah pilihan yang dibuat oleh si curang. Kejadian curang dalam sesebuah hubungan bukanlah satu perkara yang baru namun ia masih janggal untuk diperkatakan dalam perbualan orang ramai.

Kejadian ini boleh berlaku di mana sahaja dan terbaru kes curang dari Indonesia ini telah mendapat perhatian warganet apabila tindakan seorang lelaki dipercayai berstatus suami yang menunjukkan dia sedang curang menerusi aplikasi TikTok seperti sengaja menyebarkan aibnya sendiri. Situasi tersebut telah membuatkan warganet berasa marah dan geram dengan lelaki tersebut.

Menerusi rakaman video TikTok tersebut, seorang lelaki yang sedang berbaring di atas katil sambil berbual dengan isterinya melalui panggilan video. Di dalam video tersebut dilihat sang isteri tersenyum manis bertanya khabar suaminya yang dipercayai keluar bandar atas urusan kerja. Ketika isterinya berbual kosong dan bertanya tentang solat Subuh, lelaki tersebut kemudiannya menghalakan kamera telefonnya ke sudut lain di biliknya yang memaparkan seorang wanita sedang berdiri di hadapan cermin dengan berpakaian gaun tidur.

Lelaki tersebut bagaimanapun sempat menjawab persoalan isterinya sambil tertawa sedikit di hujung ayatnya. Perbuatannya yang seakan bangga dengan tindakannya itu telah membuatkan ramai warganet luahkan rasa sakit hati dengannya. Sepotong ayat diletakkan di dalam video TikTok itu semasa kameranya menghala ke arah perempuan simpanannya itu berbunyi ‘Tapi kadang inilah kenyataannya’ lagi menambah minyak kepada api yang sedang marak di kalangan warganet.

Tinjauan ke ruangan komen di Twitter, rata-rata warganet luahkan rasa marah dan keji dengan tindakan lelaki tersebut. Ia seakan merendahkan martabat seorang isteri yang setia menunggu suaminya pulang kerja. Ada juga yang memberi komen bahawa lebih baik kahwin dengan lelaki penganggur kerana sudah tentu lelaki itu duduk di rumah dan tidak ke check in hotel mana-mana bersama perempuan lain.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isteri Dakwa Aman RA Berlaku Curang, Dah Empat Kali Lafaz Cerai?

Balas Dendam! Wanita Kahwini Kekasih Gadis Yang Curang Dengan Bekas Tunangnya

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement