Connect with us
Webinar Kool

Berita

SOP Rasmi Sepanjang PKPB Di Selangor, KL & Putrajaya

Antara SOP yang telah dipersetujui adalah…

Published

on

Seperti yang dijanjikan semalam oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri di mana pihak mereka akan mengeluarkan standard operating procedure (SOP) penuh dan lengkap bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara SOP yang telah dipersetujui adalah:

  1. PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
  2. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain.
  3. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
  4. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
    • Kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.
    • Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Bagaimanapun, pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah (work from home).
    • Mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
    • Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.

Sumber: suaramerdeka

Seterusnya untuk aktiviti ekonomi dalam kawasan PKPB pula…

  1. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti restoran, kedai atau gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
  2. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
  3. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  4. Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
  5. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
  6. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam.
  7. Bagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.
  8. Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam).
  9. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi atau e-hailing dibenarkan beroperasi.
  10. Perkhidmatan teksi atau e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
  11. Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Sumber: harianmetro

Bagi sektor perubatan dan kesihatan pula…

  1. Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.
  2. Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Kemudian, sektor ekonomi dan industri….

  1. Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
  2. Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

Perikanan, perladangan dan pertanian…

  1. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

Pelabuhan dan lapangan terbang pula…

  1.  Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

Seterusnya untuk aktiviti keagamaan…

  1. Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam.
  2. Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja. Bagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Sumber: cariangoogle

Aktiviti riadah…

  1. Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.

Manakala aktiviti sukan pula…

  1. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.
  2. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan atau kejohanan TIDAK DIBENARKAN.
  3. Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN.
  4. Bagi program latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan.

Pendidikan…

  1. Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini. Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Akhir sekali bagi sektor perlancongan, semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

 

Untuk bacaan lebih lanjut, klik saja senarai artikel berikut:

Perbezaan Antara PKPB Sabah, Selangor, KL & Putrajaya

Penangan PKPB, Majlis Nikah Kawasan Klang Ditangguh!

 

 

 

 

 

 

Sumber: Teks ucapan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement