Connect with us
Kool FM

Berita

SKMM Sekat Aplikasi Sugarbook, Ramai Gadis 20-an Tawar Diri Jadi Sugarbaby

Pihak SKMM turut berkongsi statistik yang menunjukkan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook bagi mencari ‘sugar daddy’.

Published

on

Tular satu isu di media sosial tentang sebuah aplikasi laman temu janji, Sugarbook mendapat sambutan hebat daripada anak gadis di Malaysia. Aplikasi Sugarbook di dakwa mempunyai lebih 200,000 ahlinya yang dikategorikan sebagai ‘sugar baby’ di Malaysia dan kebanyakan dari mereka merupakan pelajar universiti dalam lingkungan usia 20-an.

Menurut perkongsian Seeking Arrangement, terdapat hampir 42,500 sugar daddy di dalam negara menjadi negara kita berada di kedudukan ke -3 paling tinggi di Asia di belakang India dan Indonesia. Oleh itu, pendedahan yang mengejutkan ini kemudiannya turut mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang berjanji akan menyiasat laman sesawang berkenaan yang disifatkan mempromosikan gaya hidup tidak bermoral dengan menyediakan perempuan simpanan.

Pihak SKMM turut berkongsi statistik yang menunjukkan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berdaftar dengan aplikasi Sugarbook bagi mencari ‘sugar daddy’, iaitu peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran pengguna baharu dipercayai akibat desakan hidup ketika COVID-19.

Terbaru, ada pihak mendakwa SKMM telah pun mengambil tindakan dengan menyekat akses ke laman sesawang Sugarbook hari ini. Berdasarkan tinjauan kami, dakwaan tersebut adalah benar kenara ia sudah pun disekat pihak berkenaan. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM pada laman berkenaan, ia disekat kerana didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Namun, pihak SKMM masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung penyekatan ini.

“Akses kepada laman sesawang ini dihalang di bawah seksyen 262(2) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ” tulis kenyatan dari SKMM.

Aplikasi Sugarbook

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah menasihati umat Islam untuk tidak menggunakan aplikasi Sugarbook berikutan sebarang perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya perzinaan adalah jelas dilarang mengikut hukum syarak. Pihaknya juga akan mengambil inisiatif untuk tampil memberikan nasihat serta panduan hukum syarak kepada masyarakat umum, khususnya umat Islam di negara ini berkenaan isu aplikasi Sugarbook yang tular ketika ini.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Perkasa undang-undang kekang aplikasi sugarbook.com

Isu sugar baby: Kerajaan perlu tegas – Mufti

 

 

Sumber: HMetro, BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement