Connect with us
Kool FM

Berita

Simpan Senapang Angin, Dua Lelaki Ditahan Polis

Padah simpan senapang angin…

Published

on

Dua lelaki menerima padah apabila ditahan polis kerana memiliki senapang angin buatan sendiri serta peluru dalam serbuan berasingan di Penaga dan Sungai Petani, Kedah, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan dijalankan selepas pihak polis menerima maklumat berhubung pemilikan senjata itu dari dua lelaki terbabit.

Semasa serbuan pertama di sebuah rumah di Penaga, pihak polis menemui selaras senapang angin buatan sendiri beserta sebuah bekas mengandungi peluru bearing dan sebuah ‘compressor freezer.’ 

Pemilik senjata yang berusia 43 tahun itu ditahan dan melalui hasil siasatan pihak polis berjaya menangkap seorang lagi lelaki berusia 40 tahun dalam sebuah serbuan berasingan di Sungai Petani, Kedah. Dalam serbuan itu pihak polis turut menjumpai senapang angin buatan sendiri beserta bekas mengandungi peluru ball bearing.

Kesemua barangan terbabit dirampas untuk siasatan lanjut. Dalam siasatan lanjut dan hasil semakan ke atas kedua-dua suspek, pihak polis mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Kedua-dua suspek kini mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 untuk siasatan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement