Connect with us
Kool FM

Berita

Diminta Untuk Kuarantin Tapi Pergi Mencuri

Suhu kedua-duanya mencecah 38.5 darjah Celsius sebelum ditahan di wad kerana mempunyai simptom batuk.

Published

on

Dua lelaki warga tempatan yang dikatakan mempunyai kontak rapat kepada seorang individu yang memakai gelang pink dan perlu menjalani kuarantin kendiri sanggup keluar untuk mencuri motosikal di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) pada sabtu lalu.

Malangnya, niat dua penjenayah sia-sia apabila mereka diberkas ketika sedang leka melakukan kegiatan mencuri motosikal.

Sumber: harianmetro

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kecurian motosikal itu pada 4.24 petang.

“Pemilik motosikal yang juga anggota polis bantuan bertugas di PPUM memaklumkan dia melihat dua lelaki tidak dikenali cuba mencuri motosikalnya jenis Yamaha 125Z ketika dalam perjalanan ke tempat letak motosikal selepas selesai tugasan.

Selepas penangkapan berlaku, pemeriksaan suhu badan dilakukan ke atas dua suspek berkenaan dan mendapati suhu kedua-duanya mencecah 38.5 darjah Celsius sebelum ditahan di wad kerana mempunyai simptom batuk. Malah, difahamkan lagi suspek berkenaan sudah menjalani ujian saringan Covid-19, namun keputusan belum diperolehi,”

Zairulnizam berkata lagi, suspek pertama pula sedang dirawat ke unit kecemasan hospital berkenaan kerana mengalami luka di bibir akibat pergelutan ketika tangkapan dilakukan.

Hasil pemeriksaan dilakukan menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal termasuk pemutar skru dan sarung tangan.

Bagaimanapun, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod berkaitan kes dadah. Sehingga kini, kedua-dua suspek berkenaan belum dapat disoal siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah di daerah ini supaya terus menghubungi talian kecemasan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 untuk mendapatkan bantuan daripada polis.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hilang Sifat Manusia! Anak Ditetak Mati Selamatkan Ibu Yang Dirogol

Tuduh Curang Dan Penggal Kepala Isteri Sendiri!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement