Connect with us
Kool FM

Berita

Seorang Wanita Maut Selepas 48 Jam Terima Suntikan Vaksin COVID-19?

Kena pastikan betul-betul punca kematian dia…

Published

on

Selepas dua hari menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, seorang pembantu pembedahan pediatrik di Porto, Portugal dilaporkan mati mengejut di rumahnya pada hari pertama tahun 2021. Pihak berkuasa kesihatan di Portugal menyatakan berita tersebut agak mengejutkan kerana wanita tersebut dilaporkan ‘sangat sihat’ ketika menerima suntikan vaksin tersebut.

Menurut laporan, Sonia Azevedo, 41 tahun, merupakan seorang ibu kepada dua anak dan bekerja sebagai pembantu pembedahan di Portuguese Institute of Oncology (IPO), iaitu sebuah hospital onkologi di Porto. Azevedo merupakan antara 538 petugas kesihatan di IPO yang menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu.

Sempat Bersama Keluarga Malam Sebelum Kematian…

Azevedo dikatakan sempat makan malam bersama keluarga pada malam tahun baharu sebelum ditemui mati di tempat tidurnya keesokan hari.

“Dia mengambil vaksin tersebut tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom. Saya ingin tahu punca kematian anak perempuan saya,” kata ayahnya Abilio yang sedikit kebingungan tentang punca kematian anaknya itu. 

Menurut Abilio, anaknya itu merupakan seorang yang sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain. Selepas menerima suntikan dos pertama vaksin, Azevedo dikatakan bangga menjadi penerima terawal dan sempat memuat naik gambar di Facebooknya dengan kapsyen “Sudah disuntik vaksin COVID-19”. 

Dalam pada itu, anak perempuan Azevedo, Vania Figueiredo berkata, dia juga berasa binggung dan tidak tahu tentang kejadian itu kerana semuanya berlaku dengan pantas dan tanpa penjelasan. Menurutnya, dia tidak nampak apa-apa perubahan pada ibunya itu dan kelihatan baik sahaja. Namun, ibunya ada mengadu tentang rasa sakit di bahagian suntikan, tetapi itu normal katanya.

IPO dalam kenyataannya mengesahkan kematian Azevedo dan berkata punca kematian akan dibuat mengikuti prosedur biasa bagi keadaan seperti ini. Bagaimanapun, pakar perubatan menolak kemungkinan kesan sampingan daripada vaksin itu menjadi punca kematiannya.

Baca juga artikel menarik lain:

Saringan COVID-19 Punya Pasal Sampai Bocor Bendalir Otak!

‘Rap Sedap, Nyanyi Sedap, Mengaji Pun Sedap’ – Ramai Terpesona Kemerduan Zizi Kirana Mengaji

 

 

 

Sumber daripada: Republic World

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement