Connect with us
Kool FM

Berita

Seorang Ibu Tergamak Tinggalkan Anak Sendirian Selama Lapan Hari Hanya Berbekalkan Beras

Tak ada rasa tanggungjawab ke dekat anak sendiri…

Published

on

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, dikurung seorang diri di rumahnya yang dipenuhi lipas selama lapan hari dengan hanya dibekalkan beras sebagai makanan. Ibu kepada kanak-kanak tersebut, Natalya Azarenkova, 31 tahun, ditahan oleh polis Rusia dan berkemungkinan hilang hak penjagaan ke atas anaknya atas perbuatannya itu.

Difahamkan wanita tersebut tergamak membiarkan dan mengurung anaknya seorang diri di rumah untuk dia pergi melawat kawannya. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di blok pangsapuri di Peredelkino, Moscow, menyaksikan kanak-kanak tersebut menjerit meminta bantuan daripada jirannya akibat kelaparan selepas empat hari ditinggalkan. 

Jirannya mendapati pintu kediaman kanak-kanak itu dikunci dari luar. Hal itu membuatkan jirannya terpaksa Jiran menurunkan makanan dan jus kepadanya dari balkoni di atas. Kanak-kanak malang itu juga turut meminta jirannya untuk tidak menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang dia akan dihantar ke rumah anak yatim dan tidak dapat bertemu ibunya lagi.

Menurut laporan, wanita tersebut meninggalkan anaknya dengan berbekalkan beras tetapi bekalan elektrik dan air yang dipotong membuatkan kanak-kanak tersebut tidak boleh berbuat apa-apa. Sebelum pergi, wanita itu mengatakan kepada anaknya yang dia mahu membawa anjing peliharaan mereka bersiar-siar, dan kemudian hilang tanpa perkhabaran selama lapan hari.

Bagaimanapun, selepas hari kelima melihat wanita tersebut tidak pulang ke rumah, jirannya yang membantu memberi makanan kepada Mikhail menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Menurut jiran tersebut, dia tidak boleh membayangkan bagaimana kanak-kanak malang itu mampu bertahan dalam keadaan rumah yang penuh lipas dengan bau kurang menyenangkan. Bertanya soal bapanya, difahamkan bapa kanak-kanak itu meninggal dunia dua tahun lalu.

Polis menahan wanita itu ketika berjalan bersama anjingnya, manakala Mikhail dihantar ke hospital untuk rawatan. Dalam pengakuannya, wanita itu mengaku mengurung anaknya, namun gagal memberikan alasan kukuh meninggalkan anaknya dalam tempoh itu. Dalam pada itu dilaporkan wanita tersebut berdepan hukuman penjara dan hilang hak jagaan terhadap anaknya.

Baca juga artikel menarik lain:

Tidak Potong Rambut Lebih 15 Tahun, Rin Kambe Digelar ‘Rapunzel Jepun’

Isteri ‘Hidup’ Semula Selepas Dibunuh, Pertahankan Suami Tidak Bersalah

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement