Connect with us
Kool FM

Berita

Seorang Ibu Ditahan Selepas Dipercayai Mengurung Anaknya Selama 28 Tahun!

Tergamak si ibu buat anaknya sebegitu…

Published

on

Sepatutnya kasih ibu kepada anak ni tidak berbelah bahagi. Tapi lain pula jadinya di Stockholm, Sweden ni apabila seorang ibu ditangkap selepas disyaki mengurung anak lelakinya dalam apartmen selama 28 tahun! Lama tu dia kurung dan membiarkan anak dia sampai kurang zat makanan. Semasa ditemui pun anaknya itu dilihat hampir hilang kesemua giginya.

Menurut laporan, pihak polis menyatakan lelaki tersebut dikurung dalam masa yang agak lama dalam apartmen tempat ibunya tinggal itu, tetapi tidak mengulas lanjut bahawa mangsa dikurung selama 28 tahun. Mungkin tempoh mangsa dikurung itu masih dalam siasatan dan menjadi teka-teki.

Mangsa Tidak Ke Sekolah Lagi Pada Usia 12 Tahun

Laporan tersebut menyatakan, si ibu tidak menghantar anaknya ke sekolah apabila mangsa berumur 12 tahun dan mengurungnya di dalam apartmen mereka sejak dari itu. Tragedi ini terbongkar apabila salah seorang saudara mara mereka menemui mangsa pada ahad lepas selepas membawa ibu mangsa ke hospital.

Ibunya kini berusia dalam lingkungan 70-an, manakala mangsa berusia 41 tahun ketika ditemui. Semasa ditemui, mangsa dilihat mempunyai kudis pada kakinya dan hampir tidak dapat berjalan. Saudara mereka yang menjumpai mangsa turut menyatakan keadaan apartmen mereka seperti tidak dibersihkan bertahun lamanya. Mungkin kalau kita yang melihat keadaan mangsa tu pun akan rasa sedih juga. 

Mangsa kini dirawat di hospital dan kecederaan yang dialaminya dikatakan tidak mengancam nyawa. Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pendakwaan Sweden berkata, ibu mangsa menafikan melakukan jenayah tersebut.

Kehidupan Anak Dikawal Ibu

Menurut saudara mangsa yang tidak mahu dikenali identitinya, semasa dia pergi ke apartmen tesebut, dia melihat kotoran air kencing dan habuk serta bau yang sangat kurang menyenangkan. Katanya, dia harus melalui longgokan sampah dalam rumah tersebut. Selain itu, sudah lebih 20 tahun dia menunggu saat dia boleh pergi ke rumah mereka.

Menurutnya, dia tahu ibu kepada mangsa memang suka mengawal kehidupan mangsa tetapi tidak pernah terbayang ianya akan seteruk itu. Dalam pada itu, dia berasa sangat terkejut dengan apa yang dilihatkan, namun dalam masa sama turut lega kerana sempat menemui mangsa.

Baca juga artikel menarik lain:

Wanita Hadir Ke Perkahwinan Bekas Suami Selepas Sebulan Bercerai Untuk Buktikan Kekuatan Diri

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

 

 

 

Sumber daripada: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement